Hari ni, dari hostel berjalan kaki ke station bus. Beli tiket untuk ke Potatso National Park. Ada masa sejam lagi. Google cari kedai makan Halal. Tak jauh dari situ. Kami tak boleh lama sangat kerana masa agak pendek. Bas dah nak sampai. Bergegas ke station bus semula. Mujur sempat. Cuaca sejuk.
Masa di kedai tadi, sempat berbual dengan tuan punya kedai tentang hal-hal orang Islam di sini. Kelihatan beliau juga gembira dengan kehadiran kami. Jarang-jarang orang Islam luar datang berkunjung. Menurut beliau, hari ini sambutan korban tiada di sini kerana bilangan muslim yang sedikit. Masjid pun tiada di sini.
Menu paling sedap di kedai beliau ialah dim sum dan mee sup....
Menu paling sedap di kedai beliau ialah dim sum dan mee sup....
Mudah dengan google translate
Dim sum paling sedap
Dalam bus, drivernya sangat ramah. Dia juga merupakan pemandu pelancong. Siap nyanyi bagai. Kami hanya mampu senyum jer. Hahahahahaha....
Tiba di parking Potatso National Park, sebelum turun, driver bus memberi sedikit taklimat. Pastinya dalam bahasa ibuanda. Mujur ada 3 orang student dalam bus yang sanggup menterjemahkan untuk kami. Yang membuat aku terkejut ialah apabila dia tunjukkan oksigen tank. Perghhhh.......fobia dow aku. Dalam fikiran aku, ai....jalan dalam taman pun kena prepare oksigen juga ker? Takkan la ketinggiannya melampaui normal?
Dalam tak logik tu, ada juga yang beli. Malah kawan sendiri pun beli. Katanya buat persediaan untuk aku. Hahahahahahaha.....ok2.....
Beli tiket. Scan then tunggu eco bas untuk bawa ke next level lagi. Wow...
Student 3 orang tu macam nak jalan-jalan sambil tolong kami. Lagi pun, Daus ok. Dia user friendly. So mudah orang nak berkomunikasi dengan beliau.
Untuk first level ni lebih kepada berjalan menyelusuri denai-denai hutan. Menjiwai pokok-pokok, sungai-sungai, unggas-unggas dan lain-lain.
Selepas dari sungai ini, tunggu bas lagi untuk ke tasik pula. Kata student ini, mereka akan berjalan hingga ke feri. Tapi kami tak. Lagi pun, nak ke hujung sana ambil masa. Takut tak sempat.
Kalau rajin, boleh mendaki ke puncak sana
Shu Du lake
Ada member mohon valetkan namanya.....
Sangat jinak. Boleh join sekali kalau nak
BerOOTD di tasik. Kami pakai baju melayu yang kami bawa. Bagi pengunjung, boleh mengenakan pakaian tradisional tempatan untuk bergambar. Jurufoto juga disediakan.
Makan tengah hari di sini. Makan makanan yang kami tapau tadi.
Makan tengah hari di sini. Makan makanan yang kami tapau tadi.
Kemudian, kami naik bas untuk pulang semula ke town. Katanya bas terakhir ialah jam 4.30 petang. Kami ingatkan dapat bas terawal namun, sebuah bas pun tak ada. Sejam lebih juga kami tunggu. Sambil tunggu bas, sambil layan babi sedang berkeliaran. Ada satu ketika, tetiba kedengaran bunyi anak babi menjerit apabila sebuah kereta melanggarnya ketika reverse. Terkejut satu kawasan semua.
Sampai
di station bas, kami terus ke kedai makan halal yang pagi tadi. Kali ni
nak makan dengan tenang. Epi tak habis makan. Kenyang katanya. Satu lagi sebab
portionnya agak banyak. So tapau. Actually portion sama jer macam pagi tadi tapi disebabkan masih kenyang. Hihihihi.....
Berjalan balik ke hostel. Penat
kaki. Sampai di hostel, buat pengurusan diri. 8.15 pm, bersiap-siap untuk berjalan
ke old town city. Daus dah dapatkan information dari hostel boy. Dengan hanya
rate antara 8-10 yuan sahaja, kami putuskan untuk naik taxi. Rasa dah tak larat nak berjalan.
Setibanya di town, hujan plak. Tidak lebat sangat.
Kami berjalan-jalan pusing town dan kami berjaya jumpa old town Shangri-La
ini. Macam old town Lijiang cuma kurang menyengat.
No comments:
Post a Comment