21.8.18

--- Kunming, Tiger Leaping Gorge Day 2 ---

Bangun pagi. Macam tak sejuk sangat pagi ni. Semalam pun tak sejuk sebenarnya. Kami buat pengurusan diri, solat dan sebagainya. Makan biskut dan kopi. Bersiap-siap untuk photoshoot raya. #OOTD...

Sedang rancak bersiap, rakan gadis bilik sebelah hantar nasi goreng pedas. Nasi dari balance semalam dijadikan nasi goreng yang sedap pagi ini.

OOTD pagi ni bertemakan #rayaqurbandiperantauan.... Kan... Hahahahahaha....

Pemandangan pagi ini sama macam petang kelmarin. Berkabus atau berjerebu. Tak nampak sangat gunung-ganang belakang tu. Harapan pagi ini akan dapat pemandangan yang clear tapi tak ada rezeki. OOTD pagi ni pun seebenarnya sambungan dari petang kelmarin. Hahahahahaha......









???


Behind the scene



Hari ini ada setengah hari lagi trekking. So, kami tak lama sangat berphotoshoot. Rancak berkemas untuk sambung lagi trekking. Kami perlu sampai di Tina's GH sebelum jam 4.30 petang kerana itu adalah bas yang terakhir menuju ke Shangri-La town.

Eda kelihatan shot


Kubur


Kubur lama








Kami meninggalkan Tea Horse GH. Permulaan trek adalah jalan berturap. Bahagia. Melewati rumah-rumah penduduk. Sekali sekala berselisih dengan masyarakat setempat. Mereka pun tidak menghiraukan kami sangat kerana dah biasa dengan kehadiran pelancong-pelancong.

Selepas sejam pertama, tiada lagi jalan berturap.

Apa yang aku boleh katakan tentang perjalanan hari ini ialah lebih menarik berbanding semalam. Banyak pemandangan gunung ganang dari beberapa sudut pandang. Dapat lihat pemandangan sungai di lembah ini. Sesekali teringat akan suasana Annapurna Base Camp, ABC. Tapi pastinya jauh berbeza.

Seperkara lagi, sebenarnya trek yang kami dan pelancong lalui ini bukanlah trek jauh ke dalam hutan. Bawah itu adalah jalan utama. Jalan raya. Ada kenderaan lalu lalang. Cuma trek ini mungkin wujud oleh pengembala-pengembala atau penduduk kampung sejak berzaman bagi aktiviti harian. Kemudian di komersilkan sebagai lalui hutan atau aktiviti outdoor. Tu jer.

Aku sendiri terfikir dan bertanyakan pada Daus akan perkara ini. Hahahahahahahha.....Ada harimau tak sepertimana perkataan dalam 'Tiger Leaping Gorge'?




























Tiba di Halfway GH sekitar jam 10 pagi. 2 jam perjalanan. Lepak minum teh. Layan beb. Teh panas, suhu sejuk dan pemandangan. Traveler sangat. Bukan kedai mamak. Tak ke tak nak, lepak mamak...!!!

Menarik juga Halfway GH ini. Ada sudut minum dengan pemandangan gunung. Tapi tak jelas juga pemandangan kerana berkabus/jerubu. RMB 40 untuk 6 cawan hot tea/black tea.

Di sini kami berjumpa dengan seorang pendaki wanita. Tak ingat asal dari negara mana. Mendaki secara solo. Dia follow trekking bersama kami dan berborak-borak. Eda yang banyak melayan kerana fasih berbahasa Inggeris.






Perjalanan diteruskan dan banyak lagi pemandangan-pemandangan yang menarik. Ada air terjun guys....











Hanya mampu swafoto jer









Valet name

Menghampiri destinasi






Kami selamat tiba di Tina GH dalam jam 1250. Sejam lebih perjalanan dari guest house Halfway. Ini masa adalah termasuk dengan berhenti ambil gambar bagai. So, kalau tanpa ambil gambar, boleh lebih cepat.

Rehat jap. Free wifi sini hanya untuk wechat jer. Lain-lain cannot. Kena block.

Oder nasi goreng cina satu. Sedapnya Ya Allah........mungkin sebab lapar kot. Hahahahaha... Di sini terdapat banyak pelancong-pelancong lain yang baru tiba dan menunggu bas yang sama untuk menuju ke Shangri-La.

Ketibaan kami boleh dikatakan agak awal. Maka banyak masa menunggu. Ada cadangan dari member untuk ke satu tourist attraction. Tapi katanya masa perjalanan pergi balik hampir 3 jam. Maka, kami tidak ambil risiko. Kang kena tinggal bas. Salah satu faktor lain sebab dah letih.

Buat pengurusan diri dan solat. RMB 330 adalah kos/tiket dari Tina's GH ke Shangri-La.

Jam1430, ada seorang driver meminta kami naik van menuju ke Shangri-La. Sejam awal dari jangkaan. Pakcik ni bawa agak slow. Sekarag dah jam 1700 tapi belom sampai. Jangkaan 2 jam jer. Hmmmm

Bersama kami dalam van ialah seorang student umur 21 tahun from England.

Bila melalui jalan-jalan berliku ini, teringat pula Ladakh.






Selamat tiba di Shangri-La

Van terus membawa kami ke Tina's Guest House setelah menurunkan student tersebut di lokasi hotelnya.

Kami mendapat satu dorm dengan 3 katil bertingkat. Macam biasa, kami membuat pengurusan diri. Sambil menunggu giliran ke bilik air, layan movie di televesyen dulu.

Satu fakta menarik yang dikongsi oleh Daus, Shangri-La bukanlah nama asal bandar ini. Pihak pemerintah telah menggunakan nama Shangri-La ini sebagai satu faktor tarikan pelancong sahaja. Motif dan sebab sebenar adalah tidak diketahui.

Apa aktiviti malam ini? Itu soalan dari Lina sehinggalah beliau akhirnya tertidur. Stress sebab tiada jawapan kot. Lagi satu sebab beliau kehilangan smartphonenya. Maka beliau tak boleh nak bantu mencari info. Ni kan trip beliau. Kami faham. #prayforLina

Kami keluar berjalan-jalan sekitar bandar Shangri-La. Tapi sepi sahaja laluan yang kami lalu. Menurut Daus, sini ada old town. Tapi disebabkan kurang info, kami tidak menjumpainya.




Akhir sekali kami pulang ke hotel dan lepak depan hotel jer sambil layan laman sosial masing-masing.

2 comments:

  1. Salam.. nk tanya beberapa soalan.

    1)Tina's GH kt TLG dengan Tina's Hotel tu lain2 tempat ye?
    2)Tina's GH kt TLG tu bole stay bermalam ke? atau ada bus stop je sbnrnya?

    TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. sama rasanya.
      2. hotel pun ada situ.....tempat kita tunggu bus tu adalah hotel sebenarnya....so boleh bermalam....jika u byk masa, i cadangkan u bermalam utk explore byk lagi kawasan situ.....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...