9.11.18

--- Cambodia, Tonle Sap Lake Bosan ---

09 November 2018...
Kemboja?.....Cambodia? Tak pernah terlintas dalam fikiran untuk ke negara tersebut. Daus tetiba offer. Bukan trip mendaki atau minum kopi tetapi motocross. Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...... Hari tu motocross di Bromo. Kali ini di Cambodia pula. Amazing...!!!

Aku cakap pada Daus, beli je lah tiket. Aku on jer. Kalau ikut kata hati aku, malas nak pergi sebab takut naik flight. Maka dengan pantas, tiket pun dibeli. Aku tak ada pilihan melainkan kuatkan mental untuk menghadapi perasaan takut.

Flight kami awal pagi. Aku macam biasa, naik train dari Putrajaya Sentral pada jam 0451. Kebetulan terjumpa Rais dalam train. Sembang-sembang sikit sebab lama tak jumpa. Dalam dok sembang-sembang tu, rupa-rupanya Rais pun join trip ke Cambodia ini. Haaaaaa.......

Rais ni last kami trip sama ialah di Gunung Baling, Kedah. Dia member kepada Daus. Belajar sama-sama di Paris suatu ketika dahulu. Kini Rais dah berjaya dalam kehidupan dan kerjayanya.


Di airport, segalanya berjalan lancar. Aku dan Rais terus menuju ke tempat berkumpul yang biasa iaitu food court, level 2 (if im not wrong). Kelihatan dari jauh ialah Wan dan Daus. Seorang gadis ini rakan baru dan belum kenal. Kenal gitu-gitu je dalam group. Beliau memperkenalkan diri sebagai NorC. Sama seperti dalam group.

Selesai makan, terus bergerak ke pemeriksaan passport. Proses check in dah settle semua. Aku, Daus dan Rais tak beli luggage seperti kebiasaan.

Sampai jer kami di gate 5, tak sempat nak duduk, dah panggilan terakhir flight AK 542. Uit...!!! Awalnya. Tanpa membuat sebarang bantahan terhadapa masa yang diawalkan itu, kami pun terus masuk dan mengambil tempat duduk.

Semalam aku memang sengaja tak tidur sebab aku nak tidur dalam flight agar aku tak mabuk atau sebagainya. Sebelum tu, aku dah buka kertas muntah. Siap sedia jika apa-apa berlaku.

Kelihatan landasan lapangan terbang basah. Hujan renyai-renyai. Dalam hati, "takkan nak fly juga?". #paranoid

Pejam celik...pejam celik.....flight belum terbang.

Kami selamat tiba di Seam Reap International Airport. Pendaratan yang sedikit mengejut kerana landasannya pendek kot. Airportnya cantik. Kena isi borang macam biasa.

Ketibaan kami telah dinantikan oleh tut-tut yang telah disediakan oleh pihak hotel, tempat kami menginap.

Cuaca sedikit panas. Bukan sedikit tapiiiiiii....PANAS. Kami menaiki tut-tut menuju ke Tanei Boutique Villa yang jaraknya hampir 10 km. Sepanjang perjalanan, kiri kanan adalah sawah padi. Rasa macam kat kampung aku ja. Jalan raya banyak lubang. Cara pemanduan sedikit menakutkan tapi orang-orang di sini dah biasa.

By the way, untuk pengetahuan rakan-rakan yang sedia maklum bahawa penggunaan matawang utama di sini ialah Dollar Amerika. Sebab? Itu tak pasti. Nanti kita cuba siasat. Maka dengan itu kami hanya menukar nilai dollar sahaja. Tak tahu rupa duit Cambodia.

Dalam percaya dan tidak percaya ketika melalui jalan-jalan dan lorong berdebu ini, kami pun tiba di hadapan hotel (13°21'8.12"N, 103°51'2.93"E). Wow..!!! Cantiknya hotel. Hotel ni telah ditempah secara online melalui Agoda oleh Norc. Harga RM 781 untuk 3 bilik selama 4 hari. Harga ini termasuk sarapan dan pengangkutan ke airport. Muraaahhhhhh.....Mana nak cari guys.....

17.9.18

--- Gunung Berembun (Wrays), siapa nak jadi 'terung'? ---

Ada trip tak minggu ni? Kalau ada nak cuba try follow. Tapi nak yang santai jer. Hahahahahaha.... Ada?

Ok..... Ada orang PM ajak naik gunung. Katanya sempena sambutan Hari Malaysia. Tak lama fikir, ON terus. Trip Gunung Berembun (Wrays). Line up bermula dengan Awi, Anang, Amy Cruzer, Medan, Ayat, Epix dan seorang gadis yang aku tak kenal dan last minit tak jadi join. Tak perlu kot nak detail sangat sebab musabab mereka tak join. Hahahahahaha....

Macam biasa, carpool from Kuala Lumpur. Bermalam di Masjid An-Nur, Ringlet. Tidur dulu sementara menunggu sebuah lagi kereta dari KL. Mereka terdiri daripada Amy Cruzer, Ayat dan Epix.

'Ayat....Ayat....', kedengaran suara wanita memanggil-memanggil dengan perlahan sambil menolak pintu masjid. Siapa tu? Aku hanya sempat lihat bayang sahaja. Kemudian aku lelap kembali. Mungkin kesan pukau kot. Mmmmm......

15 September 2018 Sabtu... Bangun untuk pengurusan diri dan solat. Pick-up dalam jam 9.00 pagi. So ada banyak masa lagi. Gogo memecahkan ration. Agih-agih kepada setiap pendaki. Jangan nak ngelat. Tak baik.

Dapat berita bahawa pick-up mengalami masalah teknikal di mana tayarnya pancit. Confirm lambat. Huhuhuhu....




Sempat membawang

Makan dulu guys. Lapar....... Menuju ke kedai makan yang selalu geng Monel ni sarapan. Makan dan bungkus untuk lunch pack.


Jam 1000, pick-up pun tiba di masjib. Kami terus loading barang. Siap semuanya, kami pun bergerak menuju ke perkampungan orang asli Kg. Telimau. Sejam lebih juga perjalanan menelusuri kebun-kebun sayur dan hutan.

Sempat berhenti di satu view point. Dari sini boleh kelihatan puncak Gunung Tahan dan Panggang Paku. Tidak lupa sebuah empangan di bawah sana.





14.9.18

--- SemaLiang, hakkur kata KeReX ---

Sebelum trekking


Terdiri daripada 22 orang pendaki termasuk dengan Poncho. Dalam line up ini ada 6 orang pendaki perempuan. Kental. Mereka menamakan trip ini, Ops Cantas atau SemaLiang. SemaLiang adalah gabungan Semangkuk dan Liang. Dari nama tu sendiri korang boleh tahulah bahawa trip ini adalah dari Gunung Semangkuk ke Gunung Liang.

Kenapa aku tak join? Actually ada tanya dia orang. Dia orang kata boleh join. Mengalu-alu kata mereka. Bila tanya apa nama trip? Kata mereka, trip rintis dan rahsia. Haaaaaaaaaaaaaaaaaa......😱😱😱 mendengar kata rahsia jer dah tahu betapa hakkurnya trip. Level-level dewa jer boleh join. Aku memang tak boleh trip hakkur. Tak kuat. Disamping itu, tarikh trip juga menjadi halangan untuk join.

Semalam aku berkesempatan lepak dengan salah seorang pendaki. Namanya Cokek. Mulanya dia pesan jangan mention namanya, aku setuju untuk tidak letak namanya. Tapi aku letak nama samaran jer. Cokek adalah nama samaran.

Pada Khamis (30 Ogos), malam, semua pendaki berkumpul di TBS. Dari TBS, mereka menaiki van menuju ke Fraser Hill.

Jumaat (31 Sept) pagi, semua pendaki sudah bersiap sedia untuk mendaki. Mereka memulakan pendakian di pintu rimba Pine Tree Hill dan bakal menamatkan trip ini di Sungai Dara, Tanjung Malim pada Selasa (4 Sept).

Pada hari pertama mereka mendaki, mereka berjaya menawan puncak Twin Peak. Meneruskan perjalanan dan berhenti bermalam di Sungai Merah. Sungai Merah ini adalah last water point dalam trek menuju ke puncak Gunung Semangkuk.

Sabtu, 1 Sept... Para pendaki sudah siap sedia meneruskan perjalanan atau pendakian. Dari Sungai Merah mereka menetapkan Three Boundaries sebagai destinasi hari ini. Menurut Cokek (bukan nama sebenar), perjalanan dari Twin Peak ke Gunung Semangkuk sangat memakan masa. Lama katanya.

24.8.18

--- Kunming, episod akhir ---


Perjalanan 10 jam dengan keretapi dari Lijiang ke Kunming, selamat kami tempuhi. Kalau ada yang tanya tentang bosan, aku jawab tak bosan sebab kami lebih kepada tidur jer dalam train. Paling-paling pun berborak. Layankan Eda. Hihihihi.....

Beberapa kali terjaga sepanjang perjalanan. Akhirnya kedengaran Epy memperingatkan aku tentang Subuh. Aku pantas bangun. Kelihatan koridor lengang. Aku pun dengan pantas ke toilet untuk wuduk seterusnya solat.

Dalam train on the way dah berbincang-bincang what next destination or activity. Macam biasa, Daus akan lebih ke hadapan kerana beliau sangat informative person.



Ramainya orang keluar dari Kunming Railway Station

Kami selamat tiba di Kunming Railway Station sekitar jam 0930 lebih. Dengan muka tak mandi segala. Seperti yang telah dipersetujui, kami akan ke airport terlebih dahulu untuk pengurusan diri dan drop beg.

Untuk sampai ke airport dengan train mengambil masa yang agak lama juga. Hampir sejam dengan pertukaran lane. Dari stesen Kunming naik train menuju ke South Ring Road Station. Tukar train dari Lane 1 kepada Lane 2. Dari Lane 2 kepada Lane 3 di Dongfeng Square Station. Turun di East Coach Station untuk pertukaran terakhir iaitu dari Lane 3 kepada Lane 6 dan terus ke Airport Center Station. Rujuk map untuk mudah faham. Macam naik train kat Malaysia jer.

23.8.18

--- Yunnan, Old Town of Lijiang ---

Pengurusan diri. Bangun awal makan pek kembara. Minum white coffee. Misi menghabiskan ration. Layan movie. Sempat lagi. Hahahahah.....Masih awal. Bas jam 10. Plan check out jam 9 pagi dengan mengambil taxi. Rate antara 8-10 yuan.

Masa packing tadi, Epy tanya tentang oksigen tank samada nak bawa atau tinggal. Kalau nak buang, rasa sayang sebab belum habis dan ada yang belum guna. Aku bagi cadangan agar bawa jer. Nanti di mesin scan kita tahu samada lepas atau tidak.

Tiba di station bas awal 30 minit. Tadi nak tahan taxi pun banyak yang tak dapat disebabkan ramai pelanggan. Waktu pagi kot. Orang nak pergi kerja. Dengan bantuan hostel boy, berjaya!!! Dia juga memberitahu taxi untuk ke stesen bas Shangri La (27°50'9.54"N,  99°42'36.93"E). Kalau tak, memang nak kena guna google translate lagi la.

Perjalanan hari ini ialah menuju ke Lijiang semula. Perjalanan mengambil masa 3 jam lebih. Sebelum berjalan, driver akan mengarahkan semua penumpang memakai tali pinggang. Sambil beri arahan, beliau akan berjalan membuat pemeriksaan. Baguskan...!!! Bas dah jalan. Ambil mode utk lena. Hahahaha....

Suhu semasa ialah 13 darjah Celsius.



Dalam perjalanan menuju ke Lijiang akan melalui TLG yang kami daki semalam. Hahahaha....

Tiba di Lijiang Bus Station (26°51'33.23"N, 100°14'4.71"E) dalam jam 1346.

Simpan luggage. Berjalan menuju Lijiang Old City. On the way tu ada jumpa beberapa kedai halal. Kami singgah di satu kedai untuk makan tengah hari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...