6.12.10

--- tRip mElayankan sHaril @ Liang East West ---

Asalnya aku pollow en Ponco ke Tok Nenek. Tapi last2 xjd sbb my family nak fly ke China tuk bercuti. So xsedap la kan x g hantar ke KLIA. Aku nape xikut?... Sbb aku ader wedding photoshoot. Gi tuuu... Ye la cari rezeki maaa.... Mybe nextime kot aku poe.

Dah cancel trip Ponco, kebetulan Wan ajak gi Liang East West. Dan dlm masa yang sama dapat tau bahwa Tok Nenek tu pun cancel juga sbb kurang mendapat sambutan berikutan banyak kenduri/a that time.... Kisahnyaaaa.....

Berikut adalah info trip :

Gunung Liang East - 6343 ft
Gunung Liang West - 6342 ft
Tarikh - 03 ~ 04 Dec 2010
Lokasi - Tanjung Malim
Kapasiti - 14 org
Lagi pic2 xpdc di fb klik di sini.

03 Dec 2010

Lokasi berkumpul adalah di Tol Tanjung Malim. Aku, Ery, Sharil dan Bino dari Ayer Keroh sekitar jam 11 mlm lebih2. Pastu berhenti di R&R Seremban tuk berjumpa dgn Wan dan Saufee. Makan2 pastu gerak ke R&R Jejantas Sg. Buloh. Kali ni tunggu Lin plak. Mmmm..... dan jam 3 pagi lebih baru la Lin sampai dan kami pun gerak menuju ke Tol Tanjung Malim. Di sana ada lagi beberapa org lagi yg akan join skali.

Photobucket

Kereta aku gerak dulu ke simpang masuk Sg Dara dengan menggunakan GPS Ery yg canggih tu. Kami berehat sekejap di masjid sambil menunggu masuknya waktu Subuh. Selepas Subuh kami pun mula memasuki kampung dan menuju ke dam.


Membuat sarapan. Packing2 dan kami memulakan pendakian sekitar jam 9 pagi. Trek tidaklah sukar kerana 'single trek'. Cuma treknya berterusan mendaki. Tidaklah mencanak. Biasa2 jer. Sepanjang trek kami melintasi beberapa anak sg kecil dan besar termasuklah anak sungai yang di gelar 'Gua Maybank'. Promosi percuma buat Maybank ye. Kami berhenti berehat seketika di Kem Balak. Kawasan yg luas yg sesuai tuk campsite.

Sepanjang pendakian kami dihiburkan dgn telatah Sharil. Hehehehe...... Antara kata2 yang membuat kami ketawa ialah "kalu korang penat berehat la wei.....". Walhal dia ada kat belakang.

Sejam pendakian, kami sampai di Kem Lubuk Hantu (10 pagi ). Jeng...jeng...jeng..... Gerun jer nama campsite. Semasa kami sampai, terdapat satu group sedang campsite di situ. Kami berhenti berehat tuk menunggu yg lain di belakang. Lin as guider mencadangkan kami lunch jer di Lubuk Hantu. Cadangan dipersetujui.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Selesai solat Zuhur, kami menyambung kembali pendakian. Kami melintasi sungai untuk ke trek seberang. Dalam gak la. Trek dari situ akan terus mendaki sampai ke Kem 7E. Antara Lubuk Hantu dengan Kem 7E tiada punca air k.

Kumpulan hadapan tiba di Kem 7E sekitar jam 5 petang. Tanpa membuang masa, khemah terus didirikan dan membuat pengurusan diri. Di kem ni terdapat sumber air kecil di bawahnya. Tidaklah jauh sangat tuk turun ke bawah. Tidak seperti Kem Cerek k......

Malam kian melabuhkan tirainya namun Akim, Akmal, Ruzaini, dan Wan belom sampai. Group aku time tu dah habis makan pun. Jam 8 lebih kot diaorg sampai.

Zzzzz...Zzzzz....

04 Dec 2010

Morning every one. Bestnya tidur. Cuaca baik saja. Dari smlm lagi cuaca mmg best. Kem 7E ni plak mula2 sampai smlm mmg dah sejuk.

Kami siap2 membuat breakfast. Group sinun dah siap makan, kami baru terhegeh2 nak masak. Hahahaha.... sudahnya kami kena tinggal. Padan muka. Kami mula start trekking sekitar jam 10 pagi.

Photobucket

Photobucket

Ikut plan diaorg smlm, katanya nak terus shoot puncak. Nak OT katanya.... Hehehe.....

Photobucket

Dari 7E tuk ke puncak memakan masa 2 jam. Trek mmg pajak sampai puncak. View dah mula nampak sikit2 dari celahan pokok2 otw ke puncak tu. Kami mengambil masa 1 jam setengah tuk sampai Puncak East (puncak pertama). Time tu hujan dan renyai2 sikit.

Tanpa membuang masa kami terus ke West (puncak ke dua). Group awal td berada di sana. Mereka sedang buat koktail. Kami plak buat kopi dan sup campbell cicah dgn roti.

Photobucket

Sebelum bergerak turun kami snap2 pic dulu buat kenangan gi tu.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Sesi penggambaran di teruskan di Puncak West.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Bermacam2 gaya....

Photobucket

Photobucket

Keceriaan tergambar di wajah masing2....

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Kesombongan tidak pernah luntur dari raut wajah.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Jam 1.40 kami (group paling last) memulakan perjalanan turun. Perjalanan turun tidak mengambil masa yang begitu lama. Sekejap jer dah sampai Kem 7E.


Dari 7E sekitar jam 3 petang lebih2. Macam biasa group depan dah gerak, kami baru nak packing2. Aku plak sibuk cari cekak rambut ku yg hilang dan akhirnya jumpa. Yes...yes...yes....

Perjalanan turun aku jadi sweeper. Haaaa.....ni lah time yang aku teruja sgt nak story ni. Bukanya apa pun just nak berkongsi pengalaman jer.

Otw turun tu aku dok belakang. Depan ku Wan, Ery. Sharil n Bino depan sikit. Diorg laju maaa.... Sedang leka mengatur kaki tuk melangkah turun, aku terdengar seperti ada pergerakkan org berjalanan turun sama seperti aku di belakang. Pada mulanya aku tidak syak apa2 sekadar menganggap itu mainan perasaan aku.

Aku terus melangkah turun. Sehinggalah sampai waktu itu, aku terasa semakin jelas pergerakkan tersebut. Takkala detik itu aku merasakan seram sejuk. Pergerakkan tersebut seolah2 bergerak laju ke arah aku dari belakang. Bersama2nya aura yg mmg aku terasa. Aku mmberanikan diri tuk melihat di belakang.

Aku hanya sempat memaling separuh sahaja, kerana pada detik itu, kaki kanan ku secara refleknya terus mmbuka langkah seribu menuruni gunung. Aku rasakan seolah2 tidak berpijak pada bumi masa turun tersebut. Pada detik itu, aku ingin membuka mulut memberitahu Wan agar lari, tp tindakkan Wan yang turun lari seolah2 mengetahuinya.

Kami berlari sehinggalah sampai pada tempat Ery berhenti dan pada detik itulah aku terus melihat di belakang. Ternyata tiada apa2. Aku bertanyakan pada Wan, dan Wan mmberitahu bahwa dia terdengar bunyi tapak yang menyeramkan. Fuhhhh........

Kami meneruskan perjalanan pada posisi yang sama. Perasaan ku terus berkocak. Acap kali aku merasakan aura tersebut, aku akan menoleh sambil membaca Kursi dan 4 Qul. Kami berhenti berehat seketika takkala berjumpa Akmal yang sedang berehat di hadapan. Aku menceritakan kejadian tersebuat pada Bino, Ery n Sharil.

Ery menyatakan bahwa itu mungkin perasaan takut aku jer. Aku pun mengiyakan sahaja. Dari situ, Ery menawarkan diri tuk jd sweeper plak. Kami pun jalan terus sampai di Lubuk Hantu pada jam 5.30 petang.

Setiba di sana, aku mengambil segenggam beras. Aku ke seberang semula. Aku membaca sedikit doa pada beras tersebut. Bahagi kepada 2 bahagian. Satu untuk aku dan satu lagi tuk 'dia' dengan niat andaikata aku terambil sesuatu kepunyaannya, maka ku tebus dgn beras ini. Aku berdoa pada Allah agar memberi petunjuk sekiranya aku ada melakukan kesilapan sepanjang pendakian.

Kami meneruskan perjalanan dgn niat sampai awal untuk solat Asar di bawah. Lagi sekali aku terasa seolah2 'benda' itu mengikut ku. Aku minta Bino duduk belakang sehinggalah sampai di bawah. Kami tiba kira2 jam 6.45 petang.

Photobucket

Kami terus membuat pengurusan diri dan menunggu Wan dan Akmal yg belum tiba. Malam kian menjelang, namun bayang Wan dan Akmal belum kelihatan. Jam 9mlm lebih pun belom sampai2. Tapi diaorg dlm keadaan baik sbb Wan sms dari dlm hutan pada Hakim.

Hampir jam 10 lebih kot, diaorg pun keluar. Siap2 semua, terus keluar dan makan area Tanjung Malim. Selesai makan, kami bersurai menuju ke destinasi masing2.

XPDC kali ni memberi aku satu pengalaman yang begitu menakutkan. Tiada kata yg tepat tuk menyatakan perasaan aku pada ketika itu. Samada benda halus atau Pak Belang yg sedang memerhati pergerakan kami pada ketika itu. Pada saat itu dan ketika itu, aku dah mcm xnak masuk hutan lagi. Hehehe..... Apa2 pun aku bersyukur kerna selamat pulang. Alhamdulillah....

~~~end~~~

4 comments:

  1. nice stoli maa..kecut perut mak dengar tau..pape pun jgn serik ben..seme 2 dugaan semata2..insan yg disayangi tuhan sentiasa kan diuji...

    ReplyDelete
  2. ish papepon nie bukan sebab aku kan....
    hehehhehe......
    tue la tak dgr cakap aku...
    degil.....
    hehehhe

    ReplyDelete
  3. ye la sharilllll..... ko xjaga aku pun time tu. ko dgn Bi ko jer

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...