6.2.16

--- Trans Noring 1 ---

Tema
"Pewai Tapi Kelakar"

Bismillah hirrahmanirrahim...

Kenapa join trip ni? Hmmm....soalan yang mencabar. Firstly, sebab tak ada wedding job. So, tak tahu nak buat apa, aku cari la trip. One day dapat invitation dari BCA page, TRANS NORING. Owh...before that info ni Abg Nas war-warkan dalam group whatsapp BYYBTN. Dalam fikiran aku, ni trip yang ada 9-12 puncak tu kot. Pernah dengar trip ni dulu-dulu. Trip ni kompom hakkur. Rasanya tak mampu kot. Selain itu, tarikh trip yang agak kritikal. Maka aku pun pass jer lah.

Aku beralih bertanya kepada sorang member kalau dia ada trip. Katanya, ada tapi RAHSIA. Aku pun, 'WOW...!!!', dahsyatnya trip.

Tahun berganti tahun, bulan berganti bulan, minggu berganti minggu, hari berganti hari. Abg Nas repeat tanya tentang confirmation. Aku cakap, nak join tapi deposit cannot give sebab takder line tepon tuk bank in. Aku try tanya Daus dan Amin. Dia orang cannot join sbb nak kawin that time. Ok fine, faham sangat. Apapun, tahniah. Selamat menempuh alam perkahwinan. Eh!!!

Abg Nas add aku masuk dalam group whatsapp. Nama group, NORING PEIWAI TAPI KELAKAR (ejaan peiwai memang dieja macam tu dalam group). Orang pertama tegur dalam group ialah Faiz (Gunung Rajah). Terus aku rasa lega sebab ada geng. Aku memang risau dah sebab tak ada geng dalam trip. Kalau aku pewai, sapa nak layankan aku. Hmmmm...

First thing yang fikir apabila masuk dalam group, APA YANG KELAKAR? sangat. Pewai tu memang compom dah. Aku pun check profile sorang-sorang dalam group. Yang mana boleh hack, aku hack. Tengok muka sorang-sorang.....mmmmm....tak der pun yang kelakar. Haish...!!! Yang seksi ada la. Abg Nas? Hmmm....rasanya tak kelakar sangat. Hahahaha.....

Aku nyaris-nyaris tak dapat join trip ni disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan perjalanan ke darat. Aku ada bagi tau Abg Nas akan hal ini. Dah diskus, deposit dikembalikan separuh, duit baju dan guide. Felling lega.

2 benda penting yang perlu aku settlekan ialah kasut dan beg. Cascadia 8 yang lama dah rosak. Argon 70 pula dah rasa tak ngam ngan badan aku.

Hasilnya, cascadia 10 (hijau) dan Alther 70 (merun).




05 Feb 2016
This is trip Chinese New Year. Orang sibuk nak balik balik kampung, kami sibuk nak masuk hutan.


Aku take KLIA transit dari Putrajaya Sentral. Pergi KL Sentral. Dari situ aku ambil Putra LRT menuju ke Gombak.

Masa kat Putrajaya Sentral, FBM whatsapp group tanya aku di mana. Sedang menunggu train tu, ada nampak beberapa orang galas haversack. Aku syak diaorang ni geng-geng Trans Noring juga mungkin. Tapi disebabkan tak kenal, aku buat tak tahu jer. Hahahaha...

Dalam train, aku terfikir, kenapa aku perlu ke KL Sentral? TBS pun kan ada LRT. Aku tanya sorang gadis ni. Dia pun explain bla...bla...bla... Ok, dah faham. Haaaa....masa ni FBM tegur, 'nak pergi mana?'. So...saja nak citer jumpa lineup Trans Noring yang pertama.

Macam cerita novel plak kan. Kahkahkahkahkah...

Di stesen Gombak, ada beberapa group lain dengan trip masing-masing. Macam biasa la, diaorang ni kenal geng-geng diorang yang ada trip. Aku haruslah tak kenal sebab baru lagi dalam dunia hiking ni. Baru nak cuba-cuba trip yang lebih dari 2 hari 1 malam.

Abang Nas sampai. Aktiviti pecah ration. Agihan t-shirt. Alaaaa.....pesan S tapi dapat M. Redha... Hahaha... Sebab setiap apa yang kita rancang tak semestinya betul kerna perancangan yang Maha Esa lebih baik.

Tanpa membuang masa, cergas muat naik beg ke atas hilux. Naik kereta ikut yang telah ditetapkan.









Alter 70 ni, awat kecik plak. Adoiiiii......Argon 70 sebelum ni besar jer. Sekarang, ration company dah tak muat dalam beg. Aku dapat telur pulak. Arghhhhhh.... Awal-awal dah ada yang cilak tolak ration.

Sedikit taklimat dari gogo Abg Nas sebelum bergerak. Beliau mengucapkan tahniah dan welcome atas kesudian menyertai trip ini. Dalam ucapanya juga, beliau menasihatkan agar semua pemandu memandu dengan sabar takkala bakal mengahadapi jem teruk berikutan cuti perayaan Tahun Baru Cina dan Cuti Sekolah. Apapun yang berlaku, kita akan berkumpul semula di Dabong. Dalam masa yang sama, sila update di group. Jom gerak...good luck guys....... HAPPY CHINESE NEW YEAR, MOCKEY YEAR.

Sepanjang perjalanan, aku tidur. Yup...thats my hobby. Tapi....bertukar driver di exit Bentong. Aku drive, Azilan co-pilot. Abang Nas confident jer bagi aku drive hilux walhal aku punya la nerbes giler sebab tak pernah. Tapi, lepas beberapa minit pegang stereng, eh...!!! Tak der la susah sangat rupanya. Hihihihi.....

Aku pernah drive dari putrajaya ke Kelantan dulu. So aku tahu bahwa ini merupakan satu perjalanan yang saaaaaaaaaaaaaaangat jauh. Hmmmm...


06 Feb 2016
Hujan lebat menemani sepanjang perjalanan. Ditambah pula dengan jarak yang sangat jauh. Aku, Azilan, Ana dan Abg Nas berhenti Subuh di Hentian RnR Gua Musang (Lama). Kemudian menyambung kembali perjalanan.

Abang Nas dok bagitau nanti kita berhenti kat RnR yang bercahaya ada kedai mamak...bla...bla...bla....walhal hal dah lepas kot. Tapi dia yakin. Aku dah fikir, mamai dah ni Abang Nas.

Selamat tiba di RnR Kesedar Putra, kurang jam 8 pagi. Kami group kedua tiba selepas group kereta Zu, Toba, Amir dan Nea. Ada 2 buah lagi kereta yang belum tiba.

Breakfast dulu...








Di situ terdapat beberapa guide dan group yang akan mendaki Gunung Stong. Dalam banyak-banyak guide tu, Ayah Mie familiar sebab aku pernah datang Dabong ni.

Masa terus berdetik...

Kurang jam 10.30, kami semua loading barang ke dalam hilux dan mula bergerak ke pintu rimba, Hutan Simpan Gunung Basor. Sebelum itu, kami singgah di Balai Polis Kuala Balah untuk memaklumkan akan ekspedisi ini dan parking kereta.










Perjalanan menuju ke pintu rimba pun dah ada cabaran. Ada kejadian tanah runtuh.

Tiba di TNB Pumping Station sekitar jam 11.40 pagi. Katanya trekking harini dekat jer. That why leisure jer.

Final packing sebelum memulakan perjalanan. Aku tengok depa ni memang dahsyat-dahsyat dari segi equipment. Lengkap gila semua. Complete. Seram mak tengok. Kita ni rain cover plastik hitam ja.






Owh...before that, lagi taklimat dari gogo dan guide, Ki. Berikut adalah beberapa isi penting dalam taklimat tersebut :
  • Tahniah kerana berjaya sampai ke tahap ini. Trans Noring jarang-jarang sekali orang buat. So patut bersyukur kerana terpilih.
  • Anda semua adalah peserta yang terpilih. Bukan tangkap muat atau gores dan menang.
  • Anda semua melepasi syarat-syarat ekspedisi ini.
  • Destinasi hari ini adalah Kem Sakai. Tak jauh. Sikit jer jalan. Santai...
    Hari ni kita main air jer sehingga campsite.
  • Jangan terpisah jauh sangat kerana banyak trek pemancing.
Bacaan doa...dan selfieeeeeeee....!!!











Rokok tu, sentiasa kat tangan. Hahahahahahaha...












Kami pun memulakan langkah. Firstly kena cross that empangan. Kelihatan gogo and guide agak risau dan memberi penegasan agar berhati-hati untuk cross.

Sedang asyik bergambar, kami diuji apabila salah sorang peserta tergelincir dan hampir-hampir diganyutkan arus deras. Mujur tindakan pantas Faiz dan Ki, berjaya menyelamatkan beliau. Beliau yang dimaksudkan ialah Ana. Hihihi...

Harap Ana tak trauma lepas ni k... #dongibab ..... hahahaha...

Dugaan? That a part of expedition. Jangan mengalah. Kami teruskan perjalanan. Hujan agak lebat. Trek becak. Huhuhuhu...... Oh my kasut baru. Kihkihkih...

Owh.....lupa nak senaraikan line up yang TERPILIH ni :

Ki (guider)
Nas (gogo)
Ana
Nea
Lina
Zu
Amir
Firdaus
Waqih
Faiz
Toba
Hafez
Nurul
Wan
Wan 2
Azilan
Fitri













Walaupun diuji, time gambar WAJIB muka tu ceria. Plastik semua ni. Hahahahahaha....










Kamera dok diam-diam dalam beg sebab hujan.

Menariknya dalam trip kali ni, ada model yang join. Jarang-jarang sekali kita dapat trip ngan model-model ni. Bila nak snap picture, jadi mudah. Tak perlu cakap nak pose macam mana. Depa dah tau. Contoh dalam gambar di bawah ni. Hahahahahaha....






Sedang kami berjalan menyusuri tepian sungai, kami berselisih dengan Gandalf The Blue. Ada tongkat lagi. Nasihat aku, jangan takut. Minta tip-tip. Hmmmmm....


Kelihatan Ki sedang bertungkus lumus mencari laluan terbaik untuk lintas sungai.

























Kurang 2 jam kami berjalan, kami akan menyeberangi 2nd sungai. Siap sedia. Harap kes tadi tak berulang. Sungai ni luas. Memang problem la kalau hanyut. Hahahaha...

Jujur aku cakap, aku sendiri pun takut cross sungai. Mungkin orang kata, orang tinggi ni mudah cross. Tapi tidak juga. Aku rasa tak seimbang bila galas beg. Pastu nak jaga camera lagi. Fuhhhh...... Kalau tak der camera, memang senang jer nak redah. Kuikuikui...

Berhenti lunch after cross sungai ke tiga. Hujan still turun. Layan lagi.

Selepas 3 kali sungai besar, kami just cross kecil jer. Sepanjang perjalanan hari ni, main air jer.

Alhamdulillah...kami selamat sampai di Kem Sakai kurang jam 5 petang. Yes...hujan masih turun. Tapi tak lebat.

Tapak khemah asal kat bawah. Akibat keadaan tapak tu dah berubah menjadi semakin kecik dek banjir tahun lepas, kami berkhemah kat atas skit.

Pasang fly...

"Ok, hujung ni dapur...ok, ni tempat aku...ko sebelah sana...ni tempat siapa? Ok, aku tidur sebelah ko...cup cup, ni matress sape? Ok aku parking sini...ko tidur sana k...yang lain krik...krik...krik..."

Sementara unit dapur menguruskan apa yang sepatutnya, yang lain buat pengurusan diri...

Takkala hari semakin gelap, kedengaran suara azan memecah kesunyian. Berkata dalam hati, sudah lama tidak merasai suasana begini.

Solat...makan...gossip2...tidur...

8 comments:

  1. x puas nape x snap pic2 waktu malam ketika berada di dalam hutan... dh lama ikut blog ni tp pic mlm jarang di ambil...
    oooo... penat kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. sebab xpandai snap malam
      2. camera xcanggih sangat
      3. paling penting, pic malam makan bateri banyak tuk shutter terlalu la. Dalam hutan xder soket nak charge. Hahahahaha.....

      apapun, thanks sbb sudi melawat blog saya yg xseberapa ini....kihkihkih

      Delete
  2. Replies
    1. wow.....rasa terharu FBM baca blog saya....puit!!!....hahaha

      Delete
  3. Hahaha klako la ben.. syazwan jd gandalf.. muka2 fake ble dpn kamera..

    Yeayyy gambaaaaa

    ReplyDelete
  4. Nak tanya, kalau Naik train dari Negeri Sembilan, kene turun dekat stesen Mana kalau nak buat trip noring?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak....diluar pengetahuan saya ni cik...maafkan saya.....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...