7.2.16

--- Trans Noring 2 ---

07 Feb 2016

Selamat pagi semua...

Kedengaran rintik-rintik hujan pada fly khemah. Semakin malas nak bangun. Ruang dapur pun masih sepi lagi...krik...krik...krik...

Entah jam berapa, barulah geng dapur memulakan aktiviti masak breakfast. Yang aku ingat, lebih kurang jam 9.30 baru la cergas nak packing.

Kami punya guide, Ki dah siap packing. Tunggu kami jer.

Packing basah-basah memang berchinta habis...







Sebelum memulakan langkah, macam biasa, sedikit taklimat. Destinasi hari ni ialah Kem BCA. Perjalanan pastinya lebih mencabar. Menguji fizikal dan mental. Campsite nanti tidak ada air. So kita akan pikul air dari last water point. Dari water point nak ke campsite lebih kurang 2 jam pacak.

Kami memulakan perjalanan jam 10 pagi lebih. Hujan? Hmmmmm....ye hujan. Hari kedua trekking dalam hujan. Hujan dalam trekking memang mencabar.

Trek memang terbaik. Yang depan dah bajak. Yang belakang jenuh nak elak. Thumb up!!!

Kami jumpa satu pokok yang mempunyi bekas cakaran. Samada Pak Belang atau beruang.

3 jam mengharungi turun naik bukit dan trek yang mencabar, kami tiba di satu kawasan yang diberi nama Resam Atas Kepala. Abg Nas cakap, aku mesti ambil gambar sebab ianya cantik.

Masa pertama kali dengar tu, aku memang dah imagine satu lorong di mana resam-resam di atasnya. Aku dah reka-reka angle tuk photoshot. Wow...!!!





Rasanya masa kat resam ni kami little bit lost. That why Abg Nas terpaksa ke depan membantu Ki mencari jalan yang lurus. Itu pendapat aku la.

Selain itu Resam Atas Kepala ni tidak seperti yang aku imagine...Huhuhu.... 






Owh...banyak juga lokasi-lokasi sepanjang trekking tadi aku tak snap sebab cuaca, HUJAN. Kamera aku alah air. Maka tak boleh keluar dari casing. Satu lagi masalah ialah kabus. Seriusly memang rasa kecewa sangat. Time-time cengginilah aku rasa nyesal tak ada goPro. Hmmmm.....

Layan jer trek...





Kami berhenti lunch selepas resam atas kepala. Makan dalam hujan. Hihihi... Kemudian sambung kembali trekking sehingga kami sampai satu lembah. Ada air. Waktu Asar. Jamaq.

Ada yang nak buang air termasuklah aku. Hahahahaha... Dari sini kena pikul air untuk ke Kem BCA. Menurut Abang Nas, kem BCA ni terbaik sebab luas dan landai. Katanya kita akan campsite atas lumut hijau dan kawasan bongsai. Maka...apa pun keadaan, kita kena try sampai ke situ.

Alhamdulillah selamat sampai di Kem BCA selepas Maghrib. Hujan dan sejuk. Tarikh fly.....

Abang Toba ajak pasang fly kat hujung sana. Laju jer kami pasang dan siap. Buat pengurusan diri dan solat.

Sementara menunggu chef-chef sedang masak, kami berborak bawah fly. Aku rasa hari ni Amir paling penat trekking. Cara dia bernafas setiap langkah macam orang dah nazak. Hahahahaha... So masa rehat-rehat tu, dia story la. Sebenarnya dia bawa 6 botal air mineral dari hari pertama lagi. Terkezut kami. Hahahaha...

Dia story lagi, sebenarnya, sebelum dia datang ni, dia ada tanya senior tentang Noring ni. Then the senior story bahwa trek ni memang air susah. Kalau ada pun, air lopak jer yang sikit-sikit tu. Hmmmm...memikirkan tidak mampu menghadapi dan minum air lopak, Amir pun dengan rela hati, bawa la 6 botol. Kihkihkih...

Aku ni, sebotol pun malas nak pikul, apatah lagi 6 botol. Amir, you my #idol. Tu jer nak cakap.

Malam ni chef jauh skit dari kami. Memang malas tahap dewa sebab malas nak basah-basah pergi fly sana. Arghhh...

Menu malam ni nasi ayam. Wow..!!! Tapiiiiii.... No...no....no....kalu dalam hutan, kita takkan komplen punya sebab kita faham. Dont worry geng chef. Hahahaha....u all masak pun dah bersyukur gila. 

Untuk hari ni, memang gambar sikit sangat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...