Bangun seawal pagi sekitar jam 5. Orang awal bangun ialah Zah. Buat tahajud sekali katanya. Kedua aku la kot sebab yang lain masih berselimut. Mereka sedang bergelut dengan 3 ikatan. Zah bangun awal sebab dia paling awal tidur semalam. Balik dari old town, terus lena.
Semalam, sebelum masuk bilik untuk tidur, kami dah booking ticket bas ke TLG. Uncle tu dah bagi tahu lokasi tunggu bas. Layan snooker dulu. Epi n Daus. Aku sekejap jer pastu masuk tidur. Mata dah
tak larat.
Pagi ini, jam 7 kami dah keluar ke kaunter untuk check out. Dari hostel menuju ke tempat bas dalam 10 minit jer. Lama tak lama la kami menunggu bas. Kami sampai awal di tempat menunggu.
Bas datang awal 2 minit daripada yang diberitahu.
Dalam bas baru ada mat salleh. Dia orang tidur hostel mana pun tak tahu. Bayangkan, sepanjang kami kat sini belum nampak pelancong Eropah 😂 😂 😂.
Perjalanan di jangka mengambil masa 1 jam setengah. Layan....... Kami perasan yang melalui terowong. Terowong ke dua agak panjang.
Pemandangan sepanjang jalan, ada yang cantik. Pemandangan gunung ganang.
Berhenti rehat seketika di sini. Boleh la nak ke tandas. Ada yang muntah guys....... Zah beli epal dan pisang.
Bas berhenti rehat di sini
Kurang sejam menyambung kembali perjalanan, bas berhenti di tengah jalan. Kemudian dia ada menyebut tentang TLG. So kami macam faham apa yang dia cakap dan turun. Ada perasaan ragu-ragu juga kerana hanya kami sahaja yang turun. Ni mat salleh ni nak pergi mana sebenarnya? Hahahahahahaha.....
Ye lah...pelik la. Kebiasaannya memang pelancong mat salleh akan mendaki. Mungkin dia orang ada destinasi yang lebih wow kot. Hahahahaha.....
Tapi kami tidak gusar kerana adanya Daus dan Lina. Dia orang dah buat kajian. Untuk trek TLG ni memang bas akan berhenti di tepi jalan.
Kami pun berjalan mengikut anak panah dan jalan berturap dan berdebu ini. Sesekali ada lori turun naik. Kawasan pembinaan apa tah yang tengah rancak. Rasa stress pun ada sebab mental dah set nak mendaki bersama alam. Ni apahal ada lori bagai.
Owh... Lupa nak mention. Bermula kami turun tadi, dah ada seorang yang datang menawarkan perkhidmatan kuda. Tapi kami tolak dengan baik dan berhemah. Waluapun dah cakap tak nak, dia tetap follow.
Ok...ni haaa starting mendaki denai. Di celah-celah kesibukkan tu ada trek. Kami pun mendaki. Termasuklah mamat dan 2 ekor kudanya.
Setelah mendaki barulah nampak di bawah. Sebenarnya kawasan ni macam kawasan kuari. Di sana pula ada projek pembinaan terowong. Terkasima juga melihat projek jalan dan terowong itu kerana ia menebuk sebuah gunung yang besar. Di tambah pula membina jambatan tinggi untuk melintasi sungai itu. Memang power beb.
Pembinaan terowong dan jalan
Penat mendaki, kami berehat seketika. Mencanak guys. Tapi masih ok sebab cuacanya sejuk. Suam-suam la.
Mamat dan kuda masih setia mengikut kami. Sesekali dia akan bertanya apabila melihat kami keletihan sambil menawarkan perkhidmatan. Aku tak ingat berapa harga tapi andai kata murah pun, kami takkan naik kuda tu. Hahahahahaha.....
Mula-mula mamat berkuda tu follow belakang aku sebab akukan sweeper. Tapi, aku memang kalau dalam pendakian, tak boleh ada orang belakang. Aku lagi cepat mental. Oleh itu, aku minta dia jalan dulu dengan acah-acah nak pergi kencing. Hihihihihi....bijak tak aku?
Lepas dia tak ikut aku, dia follow pula belakang Zah. Kahkahkahkah.....harap Zah tabah.
15 minit kemudian, sambung semula. Epy laju sungguh mendaki. Berdesup meninggalkan kami.
Terowong
Tour guide
Kurang dari setengah jam berjalan, kami tiba di sebuah gerai. Berhenti berehat pula kat sini. Hahahaha...... Gerai kecil menjual jajan dan minuman. Boleh la buat menghilangkan dahaga.
Sebenarnya kami lapar. Kami belum sarapan berat pun pagi ini. Ada cadangan untuk masak pek kembara di sini. Tapi memandangkan belum jauh kami mendaki atau berjalan, kami cadangkan lagi sejam perjalanan. Semua setuju.
Oleh itu, Daus beli Coca Cola minum ramai-ramai.
Seperti yang dicadangkan, kami berhenti di satu lokasi yang ada pemandangan untuk makan tengah hari. Horeeeyyyyy....akhirnya dapat makan pek kembara. This is my firstime.
Firstime tengok pek kembara ini adalah dalam trip Trans Jerging. Masa tu supprise tengok dia orang masak. Siap berasap-asap. Memang terujalah. Hanya mampu melihat. Nak try makan, malu. Walaupun telah diajak. Konon-konon tolak la. Hahahaha.....
Kebiasaan trip ke negara yang susah makanan halal, aku akan bawa Brahim's. Tapi lately ni, Brahim's dah kurang sedap dan bukan trend. So kami pun bawa kembara. Katanya portion boleh cover 2 orang untuk satu pek. Tapi ternyata tidak. Lebih kurang Brahim's.
Sedang kami menikmati makan kembara ini, lalulah beberapa pendaki Eropah. Haaaaaaaaaa......ni datang dari mana pula. Tadi tak ada. Ramai juga. Mereka sempat berkata, 'wow......nice smell'. Kami hanya senyum smpai say 'hi'. Nak ajak makan sekali tak la sebab tak cukup. Hmmmmm...... 😂😂😂
Haaaaaaaaaaaaaa...ke mana mamat berkuda itu? Yes.....mamat tersebut telah meninggalkan kami di sebuah gerai kecil yang dijaga oleh seorang makcik. Ketika kami berehat sambil makan pisang, dia dapat panggilan telefon. Kemudian dia terus maju ke hadapan trek.
Kami mengandaikan yang mamat itu mendapat panggilan costumer. Rezeki dia bukan pada kami.
Jalan lagi... Dari atas, kami dapat lihat sebuah perkampungan. Kami akan melintasi kampung tersebut sebelum mendaki semula.
Diperkampungan tersebut ada beberapa GH. Kalau tak larat, boleh singgah menginap. Santai teruk.
Kelihatan awan mendung di langit. Hmmmm....adakah hujan bakal turun? Kalau benar, mental kena kuat. Hujan plus dengan cuaca sejuk plus basah. Memang padu.
Terasa sedikit titisan air dari langit. Kami mempercepatkan langkah kaki. Tiba-tiba dari bawah kelihatan pelancong dibawa naik oleh kuda.
Rupa-rupanya, starting point TLG bukan satu tapi banyak. Bezanya cuma jarak.
Dari sini selepas beberapa ketika, kami lihat kumpulan pelancong yang menunggang kuda tadi dah sampai atas sana. Dalam fikiran kami, memang laju dan untung kalau naik kuda. Cepat sampai. Hahahahaha.....kami plak azab nak mendaki mencanak. Itu semua permainan mental guysss....
Melihat trek mencanak yang bakal didaki sekejap lagi
Alhamdulillah......kami berkaya menhadapi trek mencanak dan sampai di sebuah kedai di puncak ini. Kumpulan pelancong tadi baru sahaja bergerak sebaik kami tiba. Epi belanja air mineral dan 100 plus. Terima kasih Epi. Auntie ni sebenarnya nak tutup kedai sebab tu masa kami tiba dia gesa kami untuk membeli sekiranya ada.
Ambil peluang berehat sambil menunggu Zah dan Lina.
Di sini tertulis sebuah catatan. Catatan itu membawa maksud pendaki kena kuat untuk menghadapi cabaran 28 selekoh bermula dari sini.
Adakah kami bersedia? Haruslah.........
Ok......hampir sejam mendaki dan melayan 28 selekoh, kami tiba pula di sebuah gerai lain. Kami berhenti berehat. Di sini ada satu point view tapi auntie tu cakap, kalau nak snap pic di situ, kena bayar 10 yuan.
Memandangkan nak jimat, kami tidak pergi situ. Hasil penilaian aku, apa bezanya sini dan tempat yang 10 yuan tu? Aku cuba proses untuk mendapatkan jawapan. Oleh itu, kami snap-snap dari di sini jer. Macam sama jer dengan yang berbayar tu. Hahahahahaha......tapi jauh di sudut hati menyatakan, pastinya ada sesuatu di situ.
Ada sekumpulan pendaki mat salleh yang baru tiba, nak ke situ. Tapi, kami beritahu kena bayar. Dia orang pun macam terkejut dan tidak ke sana. Mungkin dia orang pun berfikiran sama macam kami. Hahahahaha......
Ada satu couple ni, lelaki tu pakai kopiah kecil atas kepala. Aku syak mamat tu from Israel. Yes...tekaan tepat selepas kami sempat berborak-borak. Menurut maklumat, China mempunyai hubungan baik dengan Israel.
Dalam masa yang sama ada Ayah dan anak. Orang China cuma bukan dari
daerah ini. Katanya, dia pernah mendaki TLG ni 7 tahun lalu dan lokasi berbayar itu telah wujud. Harga sama. Makcik
yang jaga tu juga mungkin sama. Hahahahaha.....
Lokasi yang kena caj RMB 10 untuk snap pic hujung sana
Berhenti solat di sini
Katanya Zah dan Daus kaki krem. Betul ker? Ok-ok......slow-slow jalan.
Kami dah semakin menghampiri destinasi hari ini iaitu Tea Horse GH dan selamat tiba sekitar jam 1720. Berehat sekejap sambil memberi peluang kepada host melayan tetamu lain.
Hasil perbincangan dan nego, kami dapat 2 bilik yang best dengan harga yang murah. Host tu sebenarnya pernah mengunjungi Malaysia satu masa dulu. Dia siap pesan jangan beritahu costumer lain tentang harga bilik yang dia beri pada kami.
Tadi masa lepak-lepak sebelum masuk bilik, nak order nasi goreng. Ye la, sinikan Budhha. Tak makan daging. So feel macam selamat sikit la. Sekali kami ternampak ada daging dalam satu plastik di dapurnya. Terus batalkan niat. Hahahahahaha....
Dia orang mungkin tak makan daging tapi mereka jual untuk pelanggan yang nak makan.
Pengurusan diri dan lepak sekejap di ruang atas bumbung sambil layan view. Tapi tak nampak sangat kerana berjerubu dan hari dah nak gelap. Ramai juga pelancong menginap kat sini. Dalam trek tadi macam tak nampak pun.
Mungkin mereka naik van untuk ke sini. Ini berdasarkan ada van pelancong di GH sini. Sama macam aku cakap tadi, ada kaedah lain untuk TLG ini selain mendaki.
Malam itu kami team lelaki masak maggi dan makan dengan nasi yang kami pesan. Team gadis pula rahsia. Takut kami minta la tu 😂😂😂.
Malamnya tiada aktiviti luar. Lepak bilik...borak-borak jer. Internet pula hanya untuk wechat. So bosan. Internet Daus pula sekejap ada, lamaaaaaaaaaaaaaaa tak ada.
Esok ada lagi trail yang perlu dihabiskan. Tidur dulu guysssss...... Zzzzz.....
No comments:
Post a Comment