27.1.18

--- Bromo Motocross 2018 epi 2.0 --


Selamat pagi guys..... Bergilir-gilir buat pengurusan diri. Packing beg mengikut apa yang telah diberitahu dalam group tempoh hari. Bawa barang yang dirasakan perlu untuk bermalam di Bromo 1 malam sahaja. Selebihnya akan ditinggalkan di sini.

Beberapa orang termasuk aku dibawa ke tempat motorcross. Ok gak pergi awal sebab boleh pilih motor dulu. Hihihi... Ingatkan kami yang awal, rupa-rupanya, semalam lagi dah ada orang booking. Hahahahahaha..... Abang motorcross tu siap beritahu....ini....ini....ini....itu....itu...dah ada orang bang. Yang lain belum. Hikhikhikhik....
.



Seorang demi seorang, kami pergi mengambil rakan-rakan kami di homestay ke sini. Breakfast disediakan.

Dalam pada itu, yang lain masih dalam memilih motor dan menyesuaikan diri dengan kenderaan yang telah dipilih. Ada yang sedang memasang goPro di helmet. Ada juga memasang di hadapan dan belakang motor.

Sebelum memulakan perjalanan, sedikit taklimat dari May May. Antara perkara yang diingatkan kepada kami ialah penggunaan brek kaki. Katanya, hanya guna bila perlu sahaja. Ini bagi mengelakkan brek pad haus dengan cepat.

Kami juga diingatkan agar berhati-hati ketika membonceng terutama di kawasan bandar ini sebelum sampai di off trek. Jangan terlalu suka kerana sistem jalanraya di sini tidak sama dengan tanah air. Just follow the leader, u will save. Sweeper kami ialah Irfan. May May akan mengetuai konvoi dengan seorang cewek dibelakangnya.

Mungkin motor tak cukup kot. Sebab tu dia naik dengan May May. Teka aku.

Bacaan doa oleh Wan sebelum perjalanan bermula.

Helmet ON....JOM GERAK. We are so excited......yeaaaaahhhhhhhhhhhh...!!!








Sepanjang perjalanan dalam kawasan kota Malang ini, kami berhenti beberapa kali bagi mengumpul semula rakan-rakan kerana ada yang terputus di traffic light.

Dalam kesempatan berhenti itu, Man dan Dato membeli kartu internet.


Sedikit demi sedikit kami meninggalkan kawasan kota dan masuk ke kawasan perkampungan. Masing-masing dah mula serasi dengan motor. Dalam masa yang sama ada juga motor yang buat ragam. Hahahaha...antaranya motor yang dinaiki Amir sendiri. Masalah rantai dan semput.




Aku memang dah plan bawa jaring tu sebab nak letak kamera yang satu lagi. Hahahaha..... Kata mereka, ala-ala Azroy. Hahahahaaha......

Disamping itu, aku paling suka sebab hajat untuk memakai full face tercapai. Ye la....dulu masa aku beli RS, aku cakap tanya boleh tak pakai full face macam motorcross tu? Member cakap, aku mungkin gila. Hahahahaha...

Setakat sekarang perfromance motor kurang meyakinkan kerana mudah semput apabila naik bukit. Hmmmm...tapi masih dalam kawalan lagi. Kita riders kot kat Mersing. Hahahahahahahahaha....



Dalam melayan selekoh, ada seorang rakan kita terbalik semasa mengambil selekoh. Orang pertama jatuh. Man Klate sempat memberhentikan motor dan memberi bantuan. Yang lain teruskan jer. Memang time tu masing-masing dah macam high dengan motor masing-masing.

Tadi naik bukit kan? Kali ni menurun plak. Time turun memang kawe gagal. Kawe memang gayat. Terhegeh-hegeh la aku menuruni bukit dengan motorcross. Memang lawak. Tadi bukan main laju. Bukannya apa, aku mengambil langkah-langkah keselamatan. Tapi aku tengok yang lain ok jer. Cis!!!

Memandangkan aku tiada goPro, maka terpaksalah aku berhenti di mana-mana port yang dirasakan sesuai untuk shoot. nak shoot art memang tak sempat la. Just shoot moment jer. Harap berpuas hatilah dengan gambar saya setakat ini. Kihkihkih...











Ok guys....difficulty level semakin meningkat. Dari jalan berturap, kami masuk ke trek kebun. Orang kata off trek. Tapi tak off sangat la bagi Man Klate.

Time ni, aku nak story pun tak pandai sangat. Tapi yang pasti memang best. Jatuh dan lopak air, itu sudah pasti. Motorcrosskan. Kalau nak jalan senang, nanti Amir buat trip skuter ke Bromo. Hihihihihi....

Pelbagai aksi dapat kita lihat ditrek sebegini. Tapi memang layan.....


















Bantu Dato'

Pose yang tidak pernah mengecewakan






Motor tak mau hidup


Jangan marah. Boleh bawa bincang




Kita bantu rakan-rakan yang memerlukan pertolongan.


Anda mahu lagi? Ok....jangan ketinggalan untuk mengikuti sambungan di Bromo Motorcross Episod 2.1.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...