Aktiviti ini menjadi pembuka kepada tahun 2018. Klise punya statement.
Aktiviti ini juga membuatkan aku terpaksa melepaskan peluang ke Ujian
Kepimpinan Manikayu 3.2. Itu merupakan final test. Katanya dulu nak buat bulan Disember tapi tunda ke Januari. Sama pula tarikh dengan trip ni. Tiket pun dah beli lama sudah. Nak tak nak, ON je lah. Tapi sayang la yang Manikayu tu. Huhuhuhu...
Ok...flight kami sekitar jam 0855. Sebahagian line up dah bertolak semalam termasuklah Amir. Pagi ni aku, Man Klate, Daus dan Wan. Ada lgi sebenarnya pagi ni cuma disebabkan tak kenal maka tak tahu dalam flight tu siapa geng motocross.
Penerbangan mengambil masa 2 jam 40 minit lebih kurang. Alhamdulillah selamat sampai. Tapi penerbangan agak bergoyang di udara. Aduuuuhhhhh...... Masa nak landing pun flight ambil masa. 2 3 kali buat pusingan di udara. Nampak 2 lagi flight di udara yang still buat pusingan. Aku siap terfikir yang itu flight perang yang akan menembak flight kami. Hahahahahahaha....punya la out of thinking aku ni. Hahahahahahhahaha....
Mesej awek la tewww
Untuk penggunaan telekomunikasi di Surabaya, aku guna pakai semula kartu yang lalu, Kerinci Trip. Baki internetnya masih dalam 400Mb. Cukup la kot.
Sebaik sahaja tiba di lapangan terbang antarabangsa Juanda, aku dapat mesej dari Amir tentang lokasi pertemuan iaitu Warung Cak Mat berdekatan dengan KFC.
Last trip bersama ORA atau Amir ialah Bah Gading. Kata Amir, ada seorang member tertinggal flight. So beliau mohon jasa baik kami untuk sama-sama tunggu beliau. 2 jam lebih kena menunggu flight berikutnya.
Man Klate : Ada password tak?
Cak Mat : Tak pandai
Man Klate : Password gapo?
Cak Mat : Tak pandai
Man Klate : Password gapo?
Cak Mat : Tak pandai
Akhirnya ada seorang lagi pekerja Cak Mat berkata, "passwordnya ialah takpandai".
Man pun yang qoyak klate siapa suruh. Pekat sangat klate nyo. Hahahahaha....tergelak-gelak kami.
Buat rakan-rakan, trip kami ini turut disertai oleh Dato' Alif, Terlajak Laris.
Hampir 3 jam lebih kami menunggu, akhirnya teman yang ketinggalan itu pun tiba. Tanpa membuang masa, kami pun menaiki van dan menuju ke homestay di Kota Malang. Homestay tu di Jalan Kadaka. Perjalanan yang ditempuhi mengambil masa lebih dari 3 jam dengan macek segala. Hmmmm....
Tak ingat jam berapa sampai, kami terus ke kedai Eiger di Malang. Kemudian terus ke homestay. Masing-masing dah keletihan. Keletihan menunggu dan perjalanan yang jauh.
Sedang kami membuat pengurusan diri, Amir setup untuk makan malam. Bungkus jer. Nak makan luar pun dah tak larat. Amir juga setting motor untuk esok.
Lewat malam sikit, kami lepak di cafe. Sini memang terkenal dengan kopi. Macam-macam kopi. Nama cafe tersebut ialah Kopja atau Kopi Jalanan. Tidak jauh dari homestay. 2 3 langkah jer sebab cafe tu satu lorang dengan homestay.
Sepanjang kami disitu, kami dihiburkan dengan live band. Sedap-sedap suara penyanyi live band nya. Cafe ini juga nice. Ala-ala hipster. Sesuai dengan generasi sekarang. Korang juga boleh layari ig mereka di kopja_kopijalanan.
Aku dan Man cuba try kopi signaturenya iaitu Kopi Jalanan. Hahahahaha....Man tak leh g katanya. Aku pun masa mula-mula, rasa lain macam kopinya. Terus terfikir, adakah ada campuran alkohol? Hahahahahahahaha......
Kami pulang untuk berehat. Sambung esok ok di Bromo Motorcross epi 2.
No comments:
Post a Comment