Tidur nyenyak tak semalam? Oooooo....faham-faham. Takper.
Ada yang mandi tak? Katanya ada yang terjerit-jerit apabila mandi. Atau hanya sekadar lakonan? Hahahahahahahaha....
Selamat pagi guys. Jom gerak tengok matahari terbit. Katanya pemandangan Bromo disimbahi cahaya pagi sangat memukau. Betul ker?
Seawal pagi, kami berkongsi motor menuju ke Coban Pelangi. Tidak kelihatan pelancong Malaysia lain kecuali kami. Mungkin disebabkan bukan musim cuti.
Penantian kami hampir 3 jam lebih. Suasana suram. Matahari malu-malu menunjukkan cahayanya. Awan juga kelihatan tebal menahan cahaya dari ditembusi dan sampai ke Bromo. Bukan rezeki. Tapi tidak hampa dengan teletah rakan-rakan yang menceriakan suasana.
Selfie dengan goPro is to mainstream
Kami kembali ke homestay untuk sarapan dan buat pengurusan diri. Aktiviti seterusnya selepas ini ialah Puncak Bromo. Dari puncak, kami akan terus pulang ke Kota Malang. Dalam perjalanan itu, kami akan singgah di beberapa lokasi menarik seperti Pasir Berbisik dan Teletubis.
Membuat persiapan yang lebih rapi kerana lepas ini lebih mencabar
Bersama Dato'
Lepak minum-minum kopi sebelum meneruskan aktiviti bermotorcross. Dari sini, kami bahagi kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan untuk santai-santai manakala satu lagi untuk lebih ekstrem. Hahahaha....
Episod seterusnya... Episod 3.1.
Cantik gambar2 nya..
ReplyDeleteterima kasih....hahahahahaha
Delete