9.12.16

--- XPDC Trans Paru Paru Gunung Loser, Hari 10 ---



Hari ke 8 dalam trek.

Beberapa kali kami terjaga tengah malam dek kerana khemah kami di masuki air. Dinding khemah tidak kalis air. Kabus menyerap masuk dan menjadi titisan air pada fly. Ditambah pula dengan hujan dan angin silih berganti. Kami hanya mampu berdoa.

Aku tidur tengah. Ustaz sebelah Abang Jack. Mudah jika ada apa-apa. Nampak macam nak membebankan ustaz sorang tapi hanya ustaz sahaja yang tabah mengharungi situasi ni. Kalau bagi kami jaga pun, sama gak sebab kami akan panggil ustaz juga. Steady ustaz. Muah skit.

Semalam dia muntah hijau selepas ustaz urut. Pagi ni dia cirit birit lagi. Keadaan semakin bertambah sayu. Apabila Abang Jack mula memanggil ibunya, "Makkkk....tolong mak.....aku tak tahan sakit mak. Sakit sangat mak.... Wei bagi aku lari...bagi aku lari......" Sambil menggaru-garu seluruh badannya.

Selepas dia tenang, dia sempat beritahu kami agar menelefon heli. Hubungi SAR. Dia kata kita semua ada cover insurans. Pada mulanya kami melayankan sahaja kerana mungkin Abang Jack tengah tidak waras. Tapi apabila benda ni still repeat, kami tidak ada pilihan selain memanggil Yuide.

Yudie datang untuk melihat keadaan Abang Jack dan berbincang. Antara isi perbincangan, Abang Jack menyatakan yang dia sakit. Mungkin tak mampu nak teruskan pendakian. Kemudian, Yudie minta benda ini di bawa berbincang dengan yang lain.

Selepas sejam, mereka panggil aku sebagai wakil. Sebelum aku meninggalkan khemah, Abang Jack cakap, "teruskan pendakian."

Aku masuk dalam khemah Pak Udin Cukim. Dalam tu ada Abang Lan, Akbar, Pak Usin, Pak Udin dan Yudie sendiri. Mereka bertanyakan pendapat aku. Aku cakap, "daripada pengamatan ku, semua masih bersemangat untuk meneruskan pendakian hingga ke puncak. Tapi untuk Abang Jack, aku ngak bisa putuskan kerana hanya dia sahaja yang tahu kondisinya. Tapi dia bilang sama aku, agar meneruskan pendakian. Dalam hati ku, kenapa ada Abang Lan dalam ni? Apa kepentingan dia jika selama ini apa yang dia buat?"

Kemudian Pak Udin mula membuat pengiraan menggunakan jari untuk menentukan samada kita sempat atau tidak. Ok, keputusannya ialah pendakian akan diteruskan hari ini. Aku diminta untuk menyampaikan kepada semua.

Ok....sebenarnya hari ini kami masih tertanya-tanya samada bergerak ke next campsite atau apa? Mulanya kami menyangkakan lambat bergerak disebabkan cuaca yang masih hujan sama seperti di Kem Kayu Manis II tempoh hari.

Selepas dari meeting tu Pak Udin datang ke khemah untuk melihat keadaan Abang Jack. Pak Udin berbual-bual dengan Abang Jack bertanyakan keadaannya. Kemudian Pak Udin cuba mengubati Abang Jack. Sebaik sahaja Pak Udin menyentuh perut Abang Jack, dia terus muntah.

Aku beredar keluar kerana nak mampu nak tengok. Selepas menidurkan Abang Jack, Pak Udin keluar khemah dan menyatakan bahawa keadaan Abang Jack parah. Dia terus menyatakan bahawa hari ini kita tak boleh gerak. Sebaiknya hari ini rehat secukup-cukupnya.

Dan satu lagi. Kenapa Abang Lan tak mainkan peranan pun dalam hal ni? Tak rasa nak panggil semua ker untuk bincang? Tak ambil berat tentang Abang Jack ker? Atau memang tak tahu Abang Jack sakit teruk? Arghhhhhhh......why we have a so bad attitude of leader.



So, hari ini kami hanya berehat. Keadaan Abang Jack sama saja. Tidak berkurang malah bertambah. Cuaca hari ini masih hujan dan berangin.

Keadaan Abang Jack bertambah tak keruan selepas Maghrib. Raungan sakitnya semakin bertambah. Seriusly... Kelihatannya seperti dirasuk. Tapi sebenarnya dia waras. Cuma dia tak mampu menahan kesakitan. Kami syak perutnya kosong sebab sejak dia demam di Kem Kayu Manis II, dia kurang makan. Nasi yang diambil untuknya seringkali tak disentuh. Jika makan pun, sekadar beberapa suap sahaja.

Kami cuba masak bubur, tapi setiap kali masuk ke dalam mulut Abang Jack, dia akan muntah. Begitulah kami seharian di Kem Bivak Kaleng.

"Saya melihat kamu kamu seakan tidak ngam atau apa?" tanya Yuide.

Owh...!!! Kami faham maksud soalannya. Yuide bertanyakan adakah kami ini tidak serasi kerana dia melihat kami hiking seakan tidak satu kumpulan. Itu maksud pertanyaan Yudie apabila melihat Fawas, Kak Imah dan Areb satu team mendaki manakala satu lagi kami yang kat belakang ni. Hahahahahaha......

Kami menerangkan kepada Yudie bahawa kami tidak ada apa apa masalah. Kami yang belakang ni pernah trekking sama-sama sebelum ni. Di samping itu, kami selesa bersama. Manakala Fawas, Kak Imah dan Areb ni firstime kami on trek. Diaorang memang laju. So tak der masalah kepada kami. Dont worry..... Yudie pun, "Oooooooo.....".

...bersambung

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...