16.12.16

--- XPDC Trans Paru Paru Gunung Loser, Hari 17, part 2---


Ok...jom kita sambung.

Settle semua, kami pun mula bergerak turun sepantas mungkin. Abang Jack pun dah boleh gerak pantas sedikit. Tadi pun dah boleh makan nasi berlauk yang di bawa oleh SAR.

Layan view guys. Selalunya time turun semua orang laju. Pergilah mana-mana trip pun. So, begitu juga kami. Tak banyak isu sangat. Trek pun kering dan bahagia. Memang berlari la kami turun.

Untuk pengetahuan u all juga kan, actually trail ni tidak sesukar mana. Sepanjang trek aku berfikir bahawa 90% trail ni ada di Malaysia dan korang pernah laluinya lebih teruk dari ini. 10% lagi adalah jarak dan cuaca.

Bagi mereka yang merancang untuk menawan Puncak Loser, no problem.




Ada la sesekali turun tu, terhenti seketika sebab sakit Abang Jack datang semula. Mujur ada team SAR dan Mr. Happy Happy yang follow. Ada satu masa tu, sedang Abang Jack tengah sakit, kami tergelak kecil di belakang apabila melihat gambar keluar paper. Sekali kena sound ngan Abang Jack, "hampa dok gelak apa wei. Aku tengah sakit ni. Tak kena kat hampa tak pa la...". Kami terus senyap.

Ustaz plak..... "hahahahahaha....ada orang kena marah....hihihihihi....", ejek ustaz dalam nada yang rendah dan kelakar. Selepas dari itu, kami berundur sikit agar jauh dari Abang Jack. Ye la, dah kena marahkan. Huhuhuhuhuhu....

Kami tiba di Bivak I dan berehat seketika. Berehat bukan sebab penat. Cuma nak check laman sosial dan menjarakkan diri dari Abang Jack. Selepas dari itu, kami terus berlari hingga ke Kem Pintu Air.

Firstime, Abang Lan berjalan dibelakang kami masa on the way dari Angkasan ke Bivak 1...krik krik...krik krik... Selalunya dok depan jer. Bersama group kami ada seorang anggota SAR sebab dia menjaga Semirul.

Amin juga so caring hari ni sebab tolong bawakan beg Semirul. Waaaaaaaaaaaa...

Bila sampai di Kem Pintu Air ni dah tak jauh dah. Sepanjang trek ini dari Bivak I henset tu asyik berbunyi whatsapp jer.


Gayo Lues dari Bivak I

Jam semakin menghampiri 4 petang. Sesekali terdengar bunyi motor. Dari situ kami dah tahu bahwa kami semakin dekat pintu rimba.

Alhamdulillah....kami selamat tiba di pintu rimba. Kami pun berjalan terus tanpa fikir apa lagi.

Dari jauh kami nampak macam ada motor cross. Dalam fikiran aku, wow, dahsyat SAR ni. Siap ada motor cross tunggu. Kami pun mempercepatkan langkah.












Apabila sampai di lokasi motor tu, tak macam nak bagi tumpang pun. Aku punya la beria-ia nak ambil gambar moment Abang Jack di bawa naik atas motor ke hospital atau apa. Tapi kami hanya melepasi begitu sahaja. Hahahahahahahaha....salah tekaan rupanya.

Dia orang tu memang kebetulan dengan beriadah dengan motor cross tersebut.





Tapi hajat tersebut didengari Allah dan dimakbulkan. Geng motor cross tu menumpangkan Abang Jack ketika mereka dalam perjalanan turun.

Tahu tak naper berharap sangat orang bawa Abang  Jack? Sebab perjalanan nak sampai ke bawah sana jauh lagi ok. So...kesian la kat Abang Jack nak kena berjalan lagi.

Kurang sejam kami berjalan, kami tiba di lokasi kenderaan SAR menunggu. Ketibaan kami di sambut dengan nasi bungkus dan air mineral. Rasa syukur teramat sebab dapat makan nasi padang berlauk ayam dan ikan. Sayur, dan tempe juga ada. Lengkap. Nasi ni disediakan oleh SAR. Bukan company punya k. Sempat lagi suara-suara menganjing. Hmmmmm...... Hihihihi.....

Jeep SAR ini membawa Abang Jack ke hospital dahulu. Bersama Abang Jack ialah ustaz dan Min. Yang lain jalan kaki ye. Berhari-hari boleh jalan. Takkan la yang ni tak mampu. Hahahahahahaha....


Kereta SAR




Allah Maha Mengasihi. Tak lama kami berjalan, datang sebuah lagi kereta SAR datang untuk mengambil kami. Kami perasan bahawa jalan ni telah berubah. Ia telah ditolak dan diratakan. Masa datang hari tu, bukan macam ni jalannya. Kereta nak lalu pun susah. Ini kali telah diratakan dan kenderaan lebih mudah melaluinya.




Alhamdulillah, kami selamat sampai di rumah penginapan Pak Jali. Kami terus buat pengurusan diri.

Pada masa itu kelihatan 2 orang pelancong mat salleh di rumah Pak Jali. Katanya baru tiba tengah hari tadi. Naik bas. Sempat berborak sekejap. Mereka dari Sweeden.

Sebelah malamnya, satu sesi temuramah dengan wartawan Indonesia. Masa tu Abang Jack dah pulang dari rumah sakit. Kami tak involve sangat sesi tersebut sebab rasa tak best.



Ingatkan selesai sesi temuramah dah settle. Rupanya tidak. Ada lagi satu problem. Kami diminta berkumpul di rumah Pak Udin. Katanya ada makan-makan bakso. Hahahahahahhahhahaha....

Kami pun berkumpul la di rumah Pak Udin. Yudie pun memulakan bicara. Dalam bicara Yuide itu menyatakan bahawa semasa proses SAR berjalan, ramai agensi dan individu yang terlibat datang ke sini untuk tugas masing-masing. Semasa keberadaan mereka di sini, Pak Jali telah menggunakan wang gaji porter untuk menyediakan makan minum mereka di sini. Maka, sekarang ini, porter sudah tidak bergaji kerana wang tersebut telah digunakan. Yudie menyatakan ia bukanlah satu kewajiban kami untuk memberi sumbangan tetapi itulah situasinya.

Bincang punya bincang, kami setuju untuk sumbangkan RM250 setiap seorang. Kami menyatakan bahawa kami tidak ada wang Rupiah lagi. Maka kami akan bagi dalam ringgit. Yang mana tak ada tu, pinjam-pinjamlah dulu. Huhuhuhu.....








Masalah settle. Kijang pun dah siap sedia menunggu kat luar. Snap foto dulu sebelum pulang. Ada beberapa dari kalangan kami yang memberi barang-barang hiking kepada porter. 

Oklah...sembang banyak pun tak best, kami pun bersalam-salam, peluk-peluk dan bergerak pulang. Terima kasih kepada semua porter dan guide. Tidak lupa kepada semua pihak yang terlibat dalam SAR. Hanaya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Owh....so touching. 17 hari kami bersama. In shaa Allah kita jumpa lagi when we repeat. Yea...one day. Amin....

Kami pun menaiki Kijang dan bergerak pulang. Perjalanan ini mengambil masa yang sangat panjang. Kami dijangka tiba di Medan esok pagi. Kami sempat singgah di kedai untuk makan bakso. Kopi Gayo pun tak sempat beli. Huhuhuhuhuhu....

...bersambung

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...