10.12.16

--- XPDC Trans Paru Paru Gunung Loser, Hari 11 ---

Hari 7   Hari 8   Hari 9   Hari 10   Hari 12

Hari ke 9 dalam trek atau dalam hutan...

Melalui detik-detik malam hingga ke pagi yang....yang....yang.... tak tahu nak terangkan. Acap kali terjaga. Terjaga sahaja tapi tak bangun. Yang gigih bangun ialah ustaz. OMG....seriusly tak tahu nak terang macam mana tabahnya ustaz menjaga dan menenangkan Abang Jack setiap kali dia terjaga dan mengadu kesakitan. Porter yang pandai berubat juga tak putus-putus datang untuk melihat dan cuba mengubati Abang Jack.

Buka mata dah cerah. Ustaz masuk khemah cakap, "oi...Subuh oi....". Subhanallah....takkala keluar khemah, suasana luar sangat owesome. Owesome beb. This is the day what we want. Suasana cerah. Tiada kabus. Tiada hujan. Ok.....settlekan Subuh gajah ni dulu.

Sejak malam semalam, kami buat bubur jer untuk Abang Jack atas nasihat Pak Udin. Namun, sedikit sahaja dijamah. Lainnya pasti muntah.

Matahari semakin tinggi, Pak Usin menyuruh kami membuka fly khemah. Dia nak Abang Jack terdedah pada matahari.

Sambil itu, kami yang lain sempat melayan pemandangan Paru Paru Dunia yang sedang dibelanja oleh Maha Pencipta. Yang sakit tetap kita usaha untuk ubati. Yang sihat juga perlukan motivasi untuk terus cekal menghadapi detik-detik yang masih samar di hadapan. Adakah kami akan berjaya ke puncak atau sebaliknya?

Adakah hari ini kami akan meneruskan pendakian? BIG QUESTION MARK.

Tapi dari semalam dan semalam malam, pabila ada desas desus menyatakan guide tak nak bawa ke puncak, Arep dah rasa tak puas hati. Kak Imah pun tak nak mengalah juga. Ye la, trip ni adalah hadiah harijadi daripada suami tercinta hokey. Kalau tak sampai puncak apa kau rasa? Nak tanya korang la. Ada juga versi katanya, bawa hingga ke puncak Loser jer. Puncak Leuser mungkin tak. Arghhhhhh....macam-macam lah.

Tapi memandangkan keadaan Abang Jack cenggini, aku dapat rasakan yang....yang....yang....sorry, tak nak teka. Tapi dah boleh agak. Ada lagi katanya, Abang Jack stay sini. Yang lain, yang masih kuat, teruskan hingga ke puncak. Pastu nanti di puncak ambil gambar tulis nama pada kertas. Konon-konon bawa nama. Lancau......Kahkahkahkah.....









Pagi yang mendamaikan



Kemudian panggilan piring...piring...piring.... Walaupun Abang Jack sakit, bekas nasi tetap di hantar untuk ambil nasi. Tapi macam biasa, Abang Jack tak makan.



Porter membahagi-bahagikan sarapan pagi

Sarapan pagi

Selesai makan, satu meeting diadakan. Semua orang diminta datang berkumpul. Berdebar pula rasanya apabila semua orang diminta datang berkumpul. Hati dah rasa macam-macam perasaan sebab macam dah boleh jangka apakah yang akan bakal dibincangkan.

Ingat tak semalam kami dah bincang bab ni dan Pak Udin kata hari ni kita akan bergerak. Semalam kita full recover. Tapi keadaan Abang Jack yang semakin teruk dari semalam membawa ke tengah malam kemudian pagi.

So....pagi ni pastilah ada meeting.

Meeting dimulakan oleh Abang Lan sebagai 'team leader'. Sepertimana dalam rayuan Abang Jack meminta SAR, maka Abang Lan terus kepada objektif meeting. Katanya, memandangkan keadaan Abang Jack yang semakin sukar untuk digambarkan, maka kita tiada pilihan iaitu membuat panggilan kecemasan. Deeeeeeeeennnnngggggg...!!!

Step pertama adalah mencari signal. Abang Lan dan beberapa orang porter akan pergi ke bukit belakang sana untuk mencari signal.




Seperti yang dijangka, ketika keputusan diumumkan, aku dah mula rasa sebak. Tahan....tahan....tahan........mmmm.....tak tahan nak menitiskan air mata. Dalam meeting ni tidak disebut tentang menuju ke puncak atau tidak tapi dah boleh faham. So...aku sebak bukan kerna tak sampai puncak, tapi team ini akan terbahagi kepada 2 di mana satu team akan naik heli manakala satu team lagi akan berjalan turun.

Mmmmmm.....time tu memang serius sebak. Muka Arep plak time tu boleh nampak berubah. Ketat giler. "Ye la....ko (Abang Lan) mudah ek cakap tak jadi ke puncak, dengan makan macam tuuuttttt.......ko pun macam tuuuuttttt........ Tetiba nak cancel. Memang tuuutttttt........"

Mungkin aku salah dalam apa yang Arep cakap tapi aku boleh jangka itulah apa yang akan dia cakap. Dah 11 hari kot bersama dalam trip ni. Kalau aku salah, that my mistake.

Muka masa ni masing-masing sayu. Memikirkan masalah dan cara penyelesaian Abang Jack. Kata Abang Lan, sekarang ni keutamaan kita adalah keselamatan Abang Jack.




Ketat giler muka




Selesai meeting, team yang diketuai Abang Lan mula bergerak ke bukit sana. Laluan trek ke Kem Putri untuk mencari signal. Katanya, dari bukit tu boleh nampak Aceh, maka mungkin ada signal.

Sebelum bergerak, Abang Lan minta segala maklumat berkaitan insurans. Min dengan pantas mendapatkan semuanya.









Usaha mendapatkan signal



Selepas beberapa ketika (11.45 pagi), team rescue kembali ke campsite dengan berita negatif. Signal tak ada. Langkah seterusnya adalah ke puncak. Abang Lan dengan 3 orang porter, Pak Usin, Mysar dan Jul bersedia untuk ke puncak. Mereka mula packing keperluan. Semoga mereka sukses dan kembali dengan selamat. Jika semua berjalan lancar, malam nanti mereka akan kembali. Amin...

Kami di sini buat apa? Lepak dan mengeringkan barang.


Plan B, team rescue ke puncak

Upin membantu Abang Jack

Disamping mengeringkan barang, beberapa orang yang dikenalpasti akan mengiringi Abang Jack mula packing barang juga. Katanya, ada 6 seat dalam heli SAR yang bakal tiba. Abang Jack pasti. Min wajid kerna paling dekat tali persaudaraan. Azizah juga kompom kerana....kerana...kerana.....kerna dia wanita. Kak Imah? Kak Imah wanita juga. Tapi Kak Imah menolak pelawaan tersebut. Ustaz....yes, ustaz wajib sebab dia paling tabah menguruskan Abang Jack. Lagi pun ustaz jer yang boleh sentuh-sentuh Abang Jack. Yang lain berstatus ajnabi. Dah berapa orang? 4 orang kan.

Time ni yang aku ingat, Amin sedang berkira-kira siapa akan naik. Dia tanya sana. Dia atanya sini. Pastu tetiba Ustaz kata, tu bukan perkara penting dan utama. Tidak menjadi kewajiban untuk memenuhi 6 seat tu. Kalau tak penuh pun takpa.

Amin pun.........mmmmmm.....ok.........actually Amin ada tanya aku jugak samada nak naik atau tak. Katanya kalau aku naik, aku boleh jadikan bahan untuk log. Entah kenapa time tu masih sebak tak boleh nak jawab. Hmmmmmm......arghhhhhhh.....why im so touching that time pun tak tahu. Mungkin sebab faktor umur kot. Kahkahkahkah.....

Masa dia orang yang dijangka naik heli ni berkemas, habis di dermanya barang-barang. Ye la, nak naik heli katakan. Biskut-biskut, coklat-coklat, apollo bagai......semua bagi kat kami yang akan berjalan turun ni. Hahahahahahahaha..... Alhamdulillah.....


Bak kata pepatah, cerah tak selalunya sampai ke petang. Angin mula bertiup perlahan membawa kabus dan menutup pemandangan seterusnya menyelubungi Bivak Kaleng. Sejuk mula mencengkam badan. Kami banyak menghabiskan masa di dalam khemah. Kami sempat bertanya kepada Najman, kenapa Abang Lan buat menu macam ni? Jawab Najman, dia pun hairan. Selalunya papa dia buat spegatti.

Keadaan Abang Jack macam mana? Owh...... Keadaan Abang Jack still tak berubah, malah semakin teruk ada la. Kali ni Azizah dan Min dalam khemah untuk jaga Abang Jack. Acap kali Abang Jack menangis kesakitan, Semirul akan pasang surah Yasin. Dengan harapan dapat menenangkan Abang Jack. Sampai tahap tu suasana kami masa tu.

Ada satu ketika tu apabila Abang Jack, "Mak......tolong mak....sakit.....aduh, awat bisa sangat nih....mak tolong, sakit.....aku tak tahan wei......." aku boleh terfikir, Abang Jack ada ada buat salah ngan mak dia ker? Tapi rasanya tak mungkinlahkan. Abang Jack anak yang baik kot.

Masa on trek, Abang Jack selalu sebut, "Rindu kat mak aku la wei... Apa la mak aku tengah buat la ni?".

Malam menjelang.......cuaca kembali seperti sebelum ini. Sekejap-sekejap hujan dan berangin.

Selain meraung raung kesakitan, Abang Jack akan merayu-rayu meminta ponsten. Ustaz akan tegah Abang Jack. Ustaz cakap, "dah....dah...tak boleh makan ponsten Abang Jack. Abang Jack tak makan nasi." Namun nasihat ustaz tidak diendahnya. Abang Jack terus merayu kerana tak tahan sakit. The time aku tulis balik benda ni pun masih boleh rasa sedih dan pilunya masa kejadian.

Begitulah sehingga malam dan larut malam. Ustaz malam ni tak tidur khemah sini. Mungkin dia pun dah keletihan. So malam tu kami bertiga jaga Abang Jack. Pak Udin datang, Akbar datang dan Pak Usin datang silih berganti setiap kali mendengar raungan dan rengetan Abang Jack. Macam-macam kaedah perubatan digunakan. Bubur dah kasi bagi menstabilkan kesakitan namun tak berjaya.

Ada teori katanya perut Abang Jack dah jatuh ke bawah sebab selepas makan terus jalan. Sepatutnya selepas makan kena berehat seketika. Maka diangkat bahagian bawah Abang Jack untuk menurutkan perut Abang Jack. Dah tenang sikit, tidur Abang Jack.

Sakit datang kembali. Akbar dan Pak Udin datang. Kali ini menggunakan pisau. Sarung pisau lebih tepat. Dialurkan air melalu sarung pisau dan dituangkan atas perut Abang Jack. Abang Jack pun tenang.

Sakit lagi. Kali ni Pak Udin menyeru roh roh Aceh agar dapat membantu melegakan Abang Jack.

Petang tadi, aku tak ingat porter mana, datang bertanya sesuatu kepada Abang Jack. "Adakah kamu bermimpi didatangi nenek bertongkat dan membawa kunyit........?".

Jawab Abang Jack, "tidak ada".

Menurut bapak ni, ada sesuatu mengekori Abang Jack semalam dan ada perkara yang dilakukan tanpa izin. Abang Jack ada mention yang dia ada petik satu bunga. Mmmmm.... Bapak tu juga telah menyuruh setan itu keluar. Dalam pada itu, pesannya lagi, jangan pergi ke sumber air selepas jam 12 tengah malam kerna time tu ada 'pengguna' lain.

Kedudukan Kem Bivak Kaleng


Arep pun dah mula menerima kenyataan bahawa puncak Loser bukan rezekinya. Dia sendiri datang melawat dan melihat keadaan Abang Jack yang meraung-raung menahan kesakitan.

Malam ke dua kami di Bivak Kaleng.

...bersambung

Hari 7   Hari 8   Hari 9   Hari 10   Hari 12

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...