8.12.16

--- XPDC Trans Paru Paru Gunung Loser, Hari 9 ---


Hari ke 7 pendakian...

Aku terus menghitung hari. Berdoa agar trip ni berjalan lancar, selamat sampai ke puncak dalam keadaan baik dan happy ending. Alhamdulillah....sehingga ke hari 7 pendakian, Allah masih memberi kekuatan dan kesihatan yang baik.

Suasana pagi ini masih berangin kencang dan hujan di luar khemah. Aku masih dalam sleeping bag. Suhu mungkin di bawah 10 darjah. Sejuk la giler.

Jam 0905, kami masih lepak di dalam tenda. Ye la, nak gi mana hujan-hujan ni. Tapi ustaz lain. Dia awal-awal dah cergas. Porter pun cakap yang cannot move dalam keadaan begini. Kalau dia pun tak tahan dengan cuaca cenggini, apatah lagi kami insan biasa. Aku mula terfikir kembali akan kata-kata porter yang menyatakan mungkin tak sampai ke puncak melihatkan cuaca begini.

Kami sarapan macam biasa. Tapi kami sentiasa berharap akan ada kejutan. Tapi sayangnya tak ada. Orang lain makan nasi sama garam, ada pula yang makan bersama daging. Korang rasa macam mana?


Sekitar jam 11 pagi, selepas bercinta packing bag dalam keadaan sejuk berangin dan titisan air, kami memulakan perjalanan. Hari ini, ustaz dah jalan dulu dengan team depan. Merajuk la tu sebab kami jalan lambat hari-hari. Hahahahahahaha...

Satu lagi, tidur tenda yang besar tu tak best sebab ada ruang di atas yang mengakibatkan titisan air menitik-nitik ke dalam khemah. Malam ni nak khemah kecil balik. Hahahahahaha...

Hujan masih renyai-renyai ketika kami memulakan langkah. Kabus agak tebal. Puncak permatang kiri kanan kami bercuram tinggi. Espek keselamatan sangat-sangat perlu dititikberatkan. Jangan dok berkhayal. Nanti jatuh. Langkah tu kena berhati-hati. Ni kalau jatuh konsider mati ok. Tak ada orang nak turun pergi cari.

Lintah gunung


Tentang lintah gunung ni, porter ada mention masa di Jalur Kedah. Dia menasihatkan kami agar selalu menutup atau zip pintu khemah bagi mengelakkan lintah ini masuk. Masa porter cerita tu, dia siap tunjuk lagi panjang lintah itu hingga siku. Mulanya macam iye tak iye jer. Tapi bila kami jumpa sendiri, boleh bayangkan saiznya tanpa darah dan selepas hisap darah. Haaaaaaaaaaaaaaaa...

Di Kem Putri, Yuide menasihatkan kami agar memakai jaket kalis air atau apa sahaja kerana dia menjangkakan cuaca akan bertambah ekstrem selepas ini. Tanpa cakap banyak, kami pun bersiap sedia. Yudie dari tadi lagi dah pakai baju hujan.

Aku pakai jaket kalis air dan angin yang dibeli dari Abang Lan tempoh hari. Lengan agak pendek. Kemudian aku selubungi beg dan separuh diri ku dengan plastik hitam macam biasa.

Di Kem Putri ini menurut cerita, ada orang ternampak sang Puteri sedang minum air di lopak air berdekatan. That why la sini namanya Kem Putri. Cliche kan nama-nama kem. Bukan sini jer. Kebanyakan dalam hutan begitu la kaedahnya. Takkan la nak letak nama kem ikut nama ko. Seotai-otai Ponco, Ayeen Carlos dan Abang Deeno pun, tak ada pun nama kem atau campsite ikut nama diaorang. Hahahahahaha...

Kem Putri


Jangkaan Yudie tepat. Selepas setengah jam berjalan, di kawasan permatang, titisan air mula turun dari langit. Angin turut serta. Makin lama, makin lebat dan berterusan. Berjalanlah kami dalam keadaan cuaca yang agak ekstrem. Kami tidak berhenti berehat kerana ia bukan langkah yang bijak dalam suasana begini.

Kami berjalan sehingga kami menuruni bukit. Kami berhenti di satu lokasi kerana Abang Jack nak tukar baju. Ye lah, dalam keadaan tidak sihat ni, baju basah akan menambahkan lagi sakit. Abang Jack dalam keadaan lemah membuka haversacknya dan mengambil jaket.

Dalam pada itu, aku sudah menjangkakan Azizah akan hypo kerana cuaca begini tidak mudah baginya. Masa di Pulag Mount dulu pun dia pernah mengalaminya. Sebaik sahaja Abang Jack siap tukar baju, Azizah pula nak tukar jaket. Dia pun buka la haversacknya. Masa tu aku berfikir, kenapa dari tadi tak buat begitu. Kenapa tunggu Abang Jack siap baru dia nak bertindak. Time tu aku pun mental k. Ye la, kita yang menunggu ni pun bukan mudah ok. Sejuk dan hujan.

Aku positifkan diri, mungkin dia tengah berfikir masa tu. Atau dia sedang keliru apa yang perlu dia lakukan. Arghhhhhhh.........sistem saraf dan neuronnya sedang kucar kacir. Mungkin tak cukut nutrisi.

Selesai tukar baju dan jaket, kami sambung kembali berjalan. Hujan dah mula renyai-renyai. Tidak lama kami trekking, suddenly Azizah berhenti. Dia seakan tak boleh meneruskan perjalanan. Masa tu Adi cuba membantu. Actually masa tu aku ingat dia nak berehat sahaja. Aku terus kehadapan dan apabila melihat di atas dan dicelahan pokok, nampak tenda. Alhamdulillah........ Sekitar jam 3 kami tiba di campsite.

Masa tu porter datang membantu. Mereka terus membawa beg Azizah naik ke atas. Seterusnya membawa Azizah ke dalam tenda biru. Seperti dijangka, Azizah mengalami sedikit hypo. Dalam khemah tu mereka uruskan Azizah.

Aku dan beberapa yang lain mendirikan khemah. Kemudian dalam keadaan yang agak sejuk tu, kami membuat pengurusan diri. Sambil menari-nari aku tukar baju sebab tak tahan sejuk. Jacket aku juga kebasahan.

Rehat dalam khemah.

Menurut rakan-rakan lain, katanya porter pun dah tak sanggup untuk meneruskan perjalanan dalam keadaan cuaca begini. Kalau ikut logik, baru jam 3, kita boleh ke depan lagi. Tapi apakan daya. Perancangan Allah adalah yang lebih baik. Kami campsite di Kem Bivak Kaleng.

Abang Jept mula menunjukkan tanda-tanda tidak sihat yang ketara. Kerap membuang air besar. Muntah angin. Ustaz membantu Abang Jack melalui urutan-urutan yang perlu. Kesihatan Abang Jack mula tidak keruan sehingga ke larut malam. Awal pagi juga.

Selepas sapu ubat angin dan urut, beliau akan tenang. Dia akan rehat. Tidur.... Tak lama kemudian, dia akan terjaga kerana rasa sakit bahagian perut. Dia akan menggaru-garu seluruh badannya sambil mengadu sakit. Aku, Adi dan Semirul yang dalam satu khemah dengan Abang Jack hanya mampu membantu apa yang perlu sahaja. Selebihnya ustaz yang banyak dengan Abang Jack. Seriusly, aku pun blur.

Kadang-kadang apabila dia terlalu sakit, dia akan memegang dan menggengam kami. "Sakit wei....sakit.......tolong aku Adi.....tolong wei......." Abang Jack berterusan demikian.

"Wei, tolong.....tak tahan Mirul. Ustaz, ambil pisau. Bunuh aku wei. Aku tak tahan. Aku tak nak menyusahkan hampa." Rayu Abang Jack. Ustaz begitu tabah menenangkan Abang Jack. "Ingat pada Allah Abang Jack.......semua ni ada hikmah. Ini semua ujian Allah Abang Jack. Mohon doa padaNya Abang Jack." Begitulah acap kali Abang Jack diserang sakit. Kadang-kadang Abang Jack akan memukul-mukul dirinya sendiri untuk menahan kesakitan dibahagian perut.

Kami mengutuskan Semirul untuk dapatkan bekas air panas daripada Min kerana kami nak masukkan air panas ke dalam itu untuk Abang Jack. Sebaik Semirul balik ke khemah, dia membuat muka dengan mengembangkan pipi dan membuka tangan sambil berkata, "kena marah". Kami tahu la isyarat Semirul tu dan siapa yang tetiba emo. Kesian Semirul. Niat baik tapi kena marah.

Berbalik kepada kes semalam di Bivak III masa nak tolong hantar bekas makanan tu, so sama la kat sini. Kadang-kadang niat kita baik tapi.......mmmmm....... Kadang-kadang kesian tengok ustaz. Ustaz ni tolong macam-macam. Nak jaga Abang Jack lagi, nak jaga khemah sana lagi. Tapi, untuk dia, apa yang dia dapat. Hahahahahahahhahaha...... Tapi apapun ini berlaku bukan atas niat kita. Kita masing-masing dalam keadaan tertekan dan mental. Hahahahahaha.....no heart feeling.

...bersambung

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...