Pendakian hari ke 5.
Cuaca pagi sedikit hujan. Macam biasa bersarapan dulu. Kemudian packing. Destinasi? Hmmmmmm......aku tak ingat. Bacalah sampai bawah. Nanti korang tahu la di mana kami berhenti. Sambil packing, aku pasang lagu Memori Berkasih by Achik dan Nana. Kata Mysar, dia ada kenangan dengan lagu tersebut. Kahkahkahkahkah...
Ok, dah ingat, kata info semalam, hari ini kami akan ke Kem Padang Rumput yang mengambil masa sekitar 9 jam. Juga dikatakan trek hari ni agak mencabar untuk sampai ke Kem Papanji.
Dari Kem Lintasan Badak, kami berjalan dan mendaki untuk sampai ke Kem Papanji. Sebelum itu, kami melalui dan berehat di kem darurat. Menurut Yudie, ia juga di kenali Kem Papanji Lama. Kem darurat di istilahkan pada mana-mana kem yang tidak dirancang. Kalau kat Malaysia, kita kata kem haram. Sound like that. Dari Kem Lintasan Badak ke kem darurat ini sekitar 2 jam. Trek mossy.
Dengar mossy jer, mesti macam waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........try la datang kalau waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...
Kem darurat / Kem Papanji Lama
Jam 12.32 pagi, kami selamat tiba di Kem Papanji. Untuk sampai ke sini, tahap pendakiannya agak mencabar dari segi tanjakan dan jarak.
Di sini kami berhenti untuk lunch dan solat. Kami dimaklumkan oleh porter bahawa terdapat kesan tapak kaki pak belang di lopak air. Oleh itu mohon lebih berhati-hati dan jangan bergerak sendirian. Katanya lagi, itu kesan semalam.
Kami selesaikan solat Zuhur dan Asar di sini.
Hari ini juga merupakan firstime kami group belakang tiba di kala air dan biskut belum dimakan oleh group depan. Bermakna, hari ini, kami agak cepat sedikit. Mungkin sebab kami kurangkan berhenti rehat.
Kem Papanji
Bagi setiap pendaki yang mendaki ke Puncak Loser atau Paru Paru Dunia ini, akan mendapat gelang tangan dan cincin rotan istimewa yang dianyam oleh porter. Selain Mr. Happy Happy yang berkemahiran dalam anyaman ini, Mysar juga boleh melakukannya. Mysar akan menganyam sambil mendaki. Sebelum tamat pendakian sehingga ke bawah Jalur Kedah, setiap individu pasti akan mendapatnya.
Meraut rotan
Kesan tapak kaki harimau
Ketua adat
Akbar
View spot
Selepas Kem Papanji (trek mossy), kami melintasi pula Kem Pintu Rimba. Tapi masa tu, aku tak perasan.
Menurut Abang Lan, selepas pintu rimba, kami akan melalui satu kawasan terbuka. Katanya itu kawasan savana. Katanya ia seakan-akan dunia berbeza. Masa beliau cerita tu, aku dah membayangkan seakan-akan Lord Of The Ring. Sempadan Dunia Hutan dengan kawasan padang rumput. Masa tanya beliau tu pun dia mengiyakannya. Memang aku teruja habis la.
Jalan punya jalan, pokok semakin renek dan habis pokok tinggi. Tetiba aku tersedar, inikah apa diceritakan? Aku bertanya dalam hati, mana pintu rimbanya? Mana sempadan dunia tu? Arghhhhhhhhhh...!!! Aku mental sekarang. Hahahahha....gurau jer.
GoPro, take a photo...!!! GoPro keluaran terbaru, dilengkapi dengan arahan mode suara. Canggih giler. Itulah GoPro yang dibawa oleh Abang Jack. Sepanjang trek kami terhibur dengan GoPro nya.
Di kawasan savana, aku sempat bertanya, mana pintu rimba? Kata mereka, ada kat bawah sana.
Ceh...!!! Aku membayangkan satu pintu gerbang untuk memasuki kawasan savana ini.
Hujan turun renyai-renyai...
Kami tiba di satu tempat yang agak special, Batu Padang Rumput. Kiri kanan ada susunan batu. Seakan-akan pintu gerbang. Haaaaaaaaaaaaa..................macam ni la namanya pintu gerbang.
Ok, aku cakap kat diaorang, "Welcome to Narnia"..... Cuba teka, dialoq siapa? Yes, Aslan the lion. Bukan Aslan trip ni. Ceh....
Batu Padang Rumput
Pada fikiran aku, sepertimana yang aku faham dari cerita Abang Lan, bahwa kita akan melalui savana ini sehingga ke puncak. Tapi meleset sama sekali. Dia ada fasa-fasa tertentu. Sekali sekala, kami kena juga melalui mossy. So cabaran tidak habis lagi. Teruskan usaha.
Savana pada aku bermaksud suasana seakan-akan trek dari Kem Bongsai hingga ke Kem Gedung. Itulah gambarannya.
Selepas Batu Padang Rumput ini, kami melalui Kem Padang Rumput. Kem Padang Rumput ni macam Kem Botak di Tahan. Kalau rasa kental, boleh la campsite sini. Hihihihi... Memandangkan tiada sesiapa pun di sini, maka kami teruskan perjalanan. Mungkin dia orang ada keputusan baru. Kami yang kat belakang ni follow jer.
Kami berhenti makan nasi yang kami tapau pagi tadi selepas kami menyeberangi satu sungai kecil yang pertama. Pagi tadi kami tak habis makan. So, kami tapau dalam bekas. Untuk info, sebelum-sebelum ni aku follow trip la kan, selalunya gogo akan buat lunch pack. Lunch pack ni disediakan masa breakfast. Selepas masak breakfast, masak pula luch pack seperti nasi goreng. Then peserta akan tapau la. Makan waktu sendiri di waktu tengah hari nanti. So mudah la kan. Idea makan tengah hari dengan biskut tu, bukan la tak ok, tapi tidak efektif dan serba tak kena dalam trip ni. Hmmmmm... Cakap atau komen banyak-banyak nanti kata tak bersyukur plak. Huhuhuhu...
Settle makan, kami sambung jalan. Tanya Yudie, jauh lagi ker nak sampai? Kata Yudie, lagi 2 batang sungai.
Jumpa sungai ke dua dan terus melintasi Sungai Alas. Kala itu hari semakin gelap. Kami dah pasang headlamp time tu. Air sungai tidak begitu dalam bagi orang yang tinggi. Kederasannya normal sahaja. Tapi sejuknya, memang tak tahan.
Alhamdulillah, ketibaan kami telah dinantikan oleh beberapa orang porter di Sungai Alas. If I'm not wrong, yang datang tu Pak Aceh. Sorang lagi aku tak ingat. Dia orang datang bagi membantu kami yang kat belakang ni. Dia orang ambil beg Min dan Azizah. So rasa macam semangat la skit. Moral support tu penting.
Macam biasa, khemah kena pasang sendiri. Buat pengurusan diri. Kemudian porter panggil piring...piring...piring... Sambil lalu depan khemah Abang Lan, menganjing spegatti.
Kedengaran malam tu Min demam. Abang Jack so caring. Ajak aku teman untuk ambil air sebab nak masak air panas untuk Min. Air nak kena ambil di sungai ok. 300 meter gak la dari kawasan khemah ke sungai. Tebing pula tinggi. Tapi Abang Jack memang gigih. Mujur Pak Aceh sudi membantu menemani kami. Kalu ikut mental aku, memang malas gila nak ambil air. Bukannya apa, sejuk nox.
Malam di Kem Sungai Alas paling tenang. Malam itu langit sangat cerah. Bintang di langit begitu indah. Malah Bulan juga tidak kurang hebat menunjukkan dirinya walaupun bukan purnama. Yang penting cantik. Aku layan kejap jer. Sejuk tak tahan. Aku masuk khemah. Kak Imah dan Arep jer masih kental. Mereka try to shoot star trail.
Gossip? Hmmmm....gossip ada tapi malas nak tulis sebab selalunya melibat orang yang sama dan perkara yang hampir sama.
...bersambung
Exciting journey..looking forward for next chapter
ReplyDeleteyeaaaa......hihihihi
DeleteGigih.smpai 5 4.30 pagi baca blog ni. Tazabar tunggu next!
ReplyDeletehahahahha....terima kasih.....
DeleteAaaa cpt la nk baca sambungan n ending ni. Tazabarrr. Btw boh gambaq byk kit. Best tgk.
ReplyDeletesemua gambaq yg ada, semua saya boh. kali ni skit gambar sebb nak save batery dan cuaca buruk. kamera saya xcanggih. xleh kena air hujan....huhuhu...
Deletetq sebab singgah baca blog saya....