12.12.16

--- XPDC Trans Paru Paru Gunung Loser, Hari 13 ---

Hari 10   Hari 11   Hari 12   Hari 14

Pagi pagi dah rancak buat bubur daripada nasi semalam. Nanti nasi pagi ni kami taupau untuk buat bubur belah malam plak.

Yes, pagi ni kena gerak. Kalau tak gerak kita akan shot hari. Hari ini adalah hari ke 11 on trek. Hujan dari semalam berterusan hingga ke pagi ini. Semalam tidur dengan berbalutkan plastik hitam di hujung kaki. Khemah kami ni khecil dan pendek. Bagi yang panjang macam Semirul dan Ben, tak boleh lurus sangat.

Sementara menunggu panggilan piring, kami buat air nescafe panas dulu. Borak-borak sama Yudie tentang Gunung Kemiri sambil mengunyah lekor bite.


Hidangan sarapan pagi

Sarapan pagi masa sendiri. After that, lincah packing. Alhamdulillah...cuaca dah baik skit ni. Jangan lenggang kangkong lagi. Sekarang jam 0930 pagi.

Barang Abang Jack telah di pecah-pecahkan. Ada sana sikit. Ada sini sikit. Haversack Abang Jack pula Upin bawa. So Abang Jack free body. Trekking hari ni tak ada target. Just jalan ikut rentak Abang Jack dan cuaca.




Kesian giler muka Arep time sarapan sebab dapat nasi kosong



Foto dulu sebelum meninggalkan campsite. Berat juga kaki nak melangkah turun. 3 malam kami kat sini. Puncak pula kat depan sana. Kalau korang tengok pic bawah ni, Arep menunjukkan tanda tak best. Bukan tak best pada line up tapi......arghh....korang sendiri tahu la. Malas nak ulang.

Kak Imah kompom kecewa sebab hadiah harijadinya tak sempurna bagai yang diimpikan. Arep plak jangan cakap la. Jangan salah tanya. Time ni kalau salah tanya memang kena sembur la. Sepanjang trek mengeluh.




Sekali sekala trekking terhenti kerana Abang Jack tak larat dan rasa sakit datang menyerang. Kadang-kadang tu dia macam pitam. Ustaz dan Min always behind Abang Jack. Support Abang Jack dari belakang.

Cuaca elok sekejap jer di campsite tadi. Selepas bukit ni, atas permatang, hujan kembali dan berangin agak kuat. Kabus kiri kanan. Tak ada view.



Kami melepasi Kem Putri. Tak lama berjalan dari situ, selepas selekoh tetiba ada satu tenda yang telah siap dipasang. Rupanya Mysar dah stop kat situ berikutan hujan lebat dan suhu yang sejuk.

Syukur juga la sebab dah berhenti. Kami pun dah menggeletar sebenarnya. Abang Jack dah awal masuk khemah. Dia pesakit. Keutamaan pada dia. Tapi perasaan ni berbulu takkala melihat _____________ . "Dah la ko sampai awal. Khemah pun ko tak tolong pasang. Siap Akbar dirikan khemah, ko angkat beg, masuk pastu senyap. Ko memang terbaik."

Ustaz la yang bertungkus lumus atur khemah yang belum pasang. Khemah perempuan, khemah lelaki, kedudukan khemah......ai, baik ustaz yang jadi ketua. Seriusly. Malas la nak cakap.

Orang lain pun menggeletar sejuk. Fawas yang selama ini kebal, kali ini kelihatan agak ketewasan.

Kami berhenti awal mendaki hari ini akibat cuaca. Belum jam 4 kami dah campsite. Campsite ni pula adalah campsite darurat (campsite haram). Kami bertolak tadi dari Bivak Kaleng jam 12 tengah hari lebih. Bermakna kami trekking kurang 4 jam.


Kami buat pengurusan diri.

Abang Jack dah tak lepak khemah bersama kami. Dia lebih dengan Pak Udin. Mungkin Abang Jack fikir lebih mudah kot. Dia kata tak nak susahkan kami. Dia banyak kali minta maaf. Minta maaf pada Kak Imah sebab trip kali ni sangat worst.

Ye lah. Kalau aku pun kompom rasa bersalah dan malu pada kawan-kawan. Kita kena faham ok, Abang Jack bukan individu yang semborono buat trip. Trip dia sebelum-sebelum ni terancang dan teratur. Menu makan dari hari pertama hingga akhir ada list. AJK lagi. Semua ada peranan. Tapi kali ni, bila jadi macam ni, kompom la dia rasa down. Pastu dia sakit pula. Tak boleh nak buat apa. Hmmmm......so sad apa yang kami alami kali ni.

Owh...di campsite darurat ni, ada satu stigma wujud antara Kak Imah dengan lopak air. Kisahnya aku tahu sikit-sikit jer. Cuma tak citer sini. Hahahahahahahaha...... Bukan sesuatu yang apa just ia kelakar la bila dikenang semula. Hahahahahaha.....

Masa yang panjang ni, kami hanya lepak dalam khemah je lah. Malam, lepas makan, terus tidur. Owh....tadi masa aku nak ke dapur, Mysar bagi aku cincin rotan. Horreyyyy.......

Aku sebenarnya memang dok nampak beberapa member lain dah mula dapat hadiah tu. Paling banyak Kak Imah. So mungkin giliran aku dah sampai kot. Muat-muat plak tu cincin. Mysar memang bijak.

Zzzzzz....zzzzz....

...bersambung

Hari 10   Hari 11   Hari 12   Hari 14

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...