3.12.16

--- XPDC Trans Paru Paru Gunung Loser, Hari 4 ---

Hari 1   Hari 2   Hari 3   Hari 5

Good morning semua... Bangun awal pagi untuk pengurusan diri. Poter pun bangun awal. Nak masak nasi untuk sarapan.

Tak lama kemudian, poter memanggil piring...piring....piring... Maksud piring adalah sila hantar bekas makanan untuk sarapan. Hahahahahaha..... Menu sarapan pagi ni.......jeng....jeng....jeng.....mesti tak sabar nak tahu kan? Jangan buat muka excited ok. Menu simple-simple jer, nasi putih sama indo mee jer. Syukur.....alhamdulillah. Jangan nak merungut bagai. Kalu korang rasa susah, rakyat Rohinya lagi susah. 👰

Nak mandi tapi air tak ada. Dulu briefing Abang Lan cakap air banyak. Jangan susah-susah fikir. Wet tissue pun katanya tak perlu bawa banyak. Hmmmmm......tapi sekarang terkebil-kebil nak cari air. Kena turun bawah sana.

Sebelum bergerak, ada briefing tak? Hmmmm....tak ada. Jalan jer. Mana campsite lepas ni jangan tanya. Hadap jer. Hahahahaha.... Tapi aku memang jenis tak baca dan tak ingat tentatif sebab aku menaruh kepercayaan kepada team leader dan gogo.

Dalam pendakian, kami sempat singgah di beberapa kem darurat untuk melepaskan lelah. Pendakian hari ni banyak mendaki. Tapi tak pacak teruk. Boleh la jalan perlahan-lahan.







Lebih kurang 4 jam rasanya kot, kumpulan terakhir yang terdiri daripada aku, Yudie, Abg Jack, Adi, Semirul, Azizah dan Min tiba di Kem Simpang Air. Sini ialah lunch point. So berehat lama sedikit. Setiba kami di sini, poter-poter memberi kami air kopi dan biskut.

Di kem ini ada lopak air.





Lopak air


Telefon siapa?

Jika korang perasan, dalam episod-episod sebelum ni, gambar ustaz hanya dengan telefon jer. Haaaaaaaaaaa...... Untuk info, sehingga hari ke dua pendakian kami ini, talian telefon masih boleh diperolehi.







Air dari lopak mengandungi benda asing seperti daun-daun dan ranting. Itu boleh tahan lagi. Tapi kali ni ada jentik-jentik. Hasil pemikiran tajam dan bernas ustaz, beliau menggunakan kain untuk dijadikan penapis. Hasilnya sangat mengkagumkan. Air terasing daripada benda asing. Tapi warna air tak boleh jadi jernih la. Hahahahahaha....

Kaedah menapis air


Yudie begitu sabar dan setia bersama team belakang





Alhamdulillah...kami selamat sampai di Kem Bivak 1 (ejaan bivak telah disahkan oleh Yudie. Bila baca, bunyi v seakan-akan p). Kurang jam 5 rasanya kami sampai. Ketika kami group terakhir tiba, tenda telah siap di pasang. Ketibaan kami disambut hujan yang sederhana lebat. Tidak lama hujannya.

Kami terus balut beg dan buat pengurusan diri.

Geng kain pelekat







Hari ni makan malam agak awal. Sebelum gelap dah makan. Menu makan still sama jer. Nasi putih berlaukkan indo mee dan ikan kering. Hmmmmmmm.........

Kerjasama membersihkan pinggan mangkuk periuk kuali







#sakai


Saat matahari ingin menghilangkan diri, kami sempat lepak melihat pemandangan di satu sudut bawah kem. Sambil layan view, sambil connect internet. Yup....di sini masih diperolehi signal telefonnya.

Kem Bivap 1 berada pada ketinggian 2700 meter d.p.l. Suhu agak sejuk. Sejuk-sejuk pun ada jer manusia dengan selamba tak pakai baju. Hihihihi....

Owh....tika ini la munculnya perkataan sakai. Diberi kepada individu yang rare katanya. Hahahahahahaha.... #sakai.

Sambil lepak dalam khemah perempuan Abang Jack timbulkan satu permasalahan. Masalah beg berat. Bincang punya bincang, segala masalah dibentangkan, maka Abang Jack, aku, Azizah, Min dan Kak Imah setuju untuk upah poter bawa sedikit barang. Kami pun panggil la Yudie untuk mengusulkan cadangan itu.

Kami pun bentangkan pemasalahan ini kepada Yudie. Kemudian Yudie memanjangkan masalah ini kepada poter semua. Sok....sek....sok....sek..... Yudie kembali dengan membawa berita gembira. Poter setuju. Dengan kadar yang dipersetujui, Rp 75 000 per day. Perihal poter peribadi ni pernah kami tanya dalam group whatsapp masa kat Malaysia. Abang Lan bagi harga RM80/hari.

Perbincangan ini dilakukan secara underground. Kami tidak mahu ia dibincang bersama Abang Lan kerana sudah mula rasa tidak serasi dengan beliau. Tapi kami tak tunjuk. Depan-depan kami senyum-senyum macam tak ada apa-apa. Tapi belakang memang kami merungut terutama dari segi makan.







Pada sebelah malamnya, selepas selesai solat Maghrib dan Isyak secara Jamaq, diadakan taklimat atau sedikit postmortem sepanjang perjalanan hari ini. Dimulai oleh Abang Jack (gogo) dan diikuti Abang Lan as leader. Perkara yang disentuh tidak serius. Biasa-biasa aja. Tentang makan? Tak der siapa yang bangkitkan. Maksudnya semua ok dengan makan. So....settle.

Selepas sesi postmortem, Abg Jack bagi idea aktiviti. Iaitu setiap individu atau ahli IKAPALA mesti story about first love. Kemudian akan ada soalan-soalan yang diajukan. Aktiviti ni kami buat kat luar khemah berbumbungkan langit gelap jer. Malam ni cuaca baik untuk lepak-lepak luar. Tak sejuk? Harus la sejuk.

Sebenarnya sebelum sesi first love story tu dah ada sesi psiko drama dalam tenda gadis. Ketuanya haruslah ustaz. Dia memang psiko giler. Maklum la, master in kaunseling.

Kemudian kami tidur... Sambil baring-baring nak lelap mata, di fly poter masih ada beberapa rakan lain yang masih berkumpul di unggun api. Time tu la idea nak masak indo mee. Tapi indo mee sendirian berhad ok. Abang Jack cakap, beringat oi, kita ada banyak malam lagi ni. Kang tak cukup makan. Tapi nafsu mengatasi segalanya. Kami masak 2 bungkus jer. Hahahahahaha........ Tak jadi tidur lagi.

Malam ni, khemah aku didiami oleh 4 orang termasuk aku. Ada Semirul, Adi dan Abang Jack. Ustaz tidur di khemah Abang Lan, Fawas dan Najman. Katanya dapat tidur atas tilam empuk? Betul ker? Hmmmmmm....

Sambil itu kedengaran tiupan seruling Pak Cukim. Merdu...

...bersambung

Hari 1   Hari 2   Hari 3   Hari 5

8 comments:

  1. cerita sangat menarik. tapi pendek sangat bagi setiap post. kasi cerita banyak lagi la..x sabaq nak tau psai pa hangpa semua boleh lost contact. ni dah 1 hari 1 cerita hahaha...macam kena tunggu drama pukul 7 pulak dah...
    p/s- pasai pa beg jijah besaq sangat, dia isi apa

    ReplyDelete
  2. Ok dah sampai sini. Hari seterusnya?

    ReplyDelete
  3. Mintak cikgu ben kurangkan gelak hahhahahahahaha dalam story ni...gelak ang tu mcm pasrah sgt bunyinya 😂

    ReplyDelete
  4. aaaa cepat hari 5, dah lama tunggu cerita ni sebelum korg pegi, semasa korg lost contact, hahah excited

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahahaha.......terima kasih kerana mengikutinya.....hihihihihii

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...