5.12.16

--- XPDC Trans Paru Paru Gunung Loser, Hari 6 ---

Hari 1   Hari 2   Hari 3   Hari 4   Hari 5   Hari 7

Tidur nyenyak tak? Korang rasa? Hmmmm.....ye, tak nyenyak. Tidur awal. Then terjaga setiap satu atau dua jam. Sejuk dan kesempitan dalam khemah. Khemah kecil, duduk 5 orang. Memang sempit la. Tapi ok sebab boleh peluk-peluk. Sejuk kot.

Tiap kali terjaga, kedengaran angin meniup khemah. Angin yang membawa titisan air. Sekali sekala, hujan turut serta. Menambahkan lagi suasana cuaca ekstrem di Kem Kayu Manis II. Keliling khemah penuh dengan titisan air. Aku check sleeping beg. Lega masih ok. Tapi sejuknya still tak boleh tahan. Sambung tidur. Kelengakapan adalah sangat-sangat penting untuk diselamatkan terutama daripada basah.

Setelah beberapa jam, terjaga lagi. Kali ni dah cerah. Ustaz memang dah tak der kat tempatnya. Ustaz ni memang lain skit. Dia punya hyper aktif tu lain macam. Kulit plak bukan kulit biasa. DNA ustaz telah dijangkiti. Dia telah dikategorikan sebagai homosapien. Mesti terngangakan dengan istilah tu. But its ok, u all boleh google. Apa yang aku nak cakap ialah dalam keadaan semua orang kesejukan tak boleh keluar khemah, dia selamba jer keluar masuk dan pergi ke khemah-khemah lain dalam keadaan cuaca buruk ni.

Suhu check pada ketika itu sekitar 6 darjah celcius. Hujan dan angin masih tidak berhenti. Ini membuatkan ikatan syaitan bertambah ketat. Subuh memang Subuh gajah la. Check jam. Hmmmm.....dah jam 8 pagi lebih. Tidak kedengaran suara orang di luar khemah atau dalam khemah-khemah lain. Mungkin diaorang masih lena melayan sejuk.

Masa terus berlalu. Kami pula terus berdiam diri dalam khemah. Terfikir, "jam berapa nak gerak ni?" Jika tak salah, hari ni target ialah Kem Papanji. Katanya untuk ke kem tu agak jauh dan tahap tanjakkannya agak ekstrem. Tapi, dah jam 10 pagi lebih ni. Sempat ker?

Piring...piring...piring... Kedengaran panggilan porter meminta bekas makan. Menu pagi ni, jangan nak mimpi NASI LEMAK BERLAUK AYAM ok. Nasi putih dengan indo mee jer. Abang Jack macam biasa dah pesan dia tak nak indoo mee. Tapi kalu xnak indo mee, nak makan nasi jer ker? Hmmmmmm....... so TRAGIS trip ni.

Level leader trip ni level EVEREST. Tapi menu makan macam bagi burung. Itu kata-kata dari seorang porter dalam nada gurauan. Dalam hati tak tahu la.

Selepas makan, kami cergas packing. Memang tahap mental la packing time hujan dan sejuk berangin macam ni. Tapi, nak tak nak, kena paksa juga. Hari ini merupakan hari ke 4 pendakian.

Kami tiba di Kem Kayu Manis III sekitar jam 11.39 pagi waktu tempatan. Kami berhenti berehat sekejap. Cuaca dah comel sedikit. Kabus still ada. Sekali sekala terasa titsan air. Sejuk masih sama. Tapi kalau berjalan ok jer. Cuma bila berhenti tu, memang sejuk la.



Kem Kayu Manis III


Macam biasa, team belakang kena tinggal. Sedang santai menuruni bukit, tetiba Yudie tergelincir dan terseliuh. Masa tu Yudie depan aku. Aku memang nampak kaki dia terlipat masa dia tergelincir tu.

Apa lagi, medic terus memainkan peranan. Ni serius punya injury. Selepas spray ubat dan balut, Yudie cuba jalan. Kami cakap rehat dulu. Yudie juga nak galas haversacknya. Biasa la, pendaki dan haversack memang tidak boleh berpisah. Ni untuk pendaki tegar jer. Kalu pendaki biasa-biasa, lagi seronok kalau haversack mereka digalas orang. Hahahahahahaha....ops!!! Tak tuju pada sesiapa ok. Kahakahkahkahkah....jangan nak sentap sangat.

Memandangkan kondisi Yudie yang agak teruk, kami menghantar 2 pendaki yang paling laju untuk melaporkan perkara ini kepada team hadapan yang mungkin dah sampai di tapak perkhemahan, Lintasan Badak. Macam ala-ala cerita Naruto la. Bila team kena serang, terus akan ada orang yang lari kembali ke Konoha untuk lapor atau dapatkan bantuan. Semirul dan Adi tanpa membuang masa terus berlari turun. Haaaaaa.....di sini boleh nampak bahawa, bukan semua orang yang jalan belakang adalah perlahan. Saja jalan belakang sebab nak KEBERSAMAAN dengan team mate. Baru la best.

Untuk meringankan beban Yudie, haversacknya aku bawa. Yudie bawa haversack ustaz yang sangat ringan itu. Ustaz bawa haversack aku. Settle. Yudie jalan terhenjut-henjut dan perlahan-lahan. Aku di depan untuk bagi support. Support la sangat. Hahahahahahaha.... Menggalas haversack Yudie tidaklah seberat mana. Mungkin disebabkan bijaknya Yudie menyusun beban di dalam beg. Itu tip untuk u all pembaca. Susunan beban di dalam beg memainkan peranan penting ketika dalam pedakian.

Min ada offer nak tolong bawa kamera aku apabila aku bawa haversack Yuide. Then aku cakap, boleh tapi kena jaga seperti jaga nyawa sendiri. Dengar ayat tu, dia terus tak jadi nak tolong bawa. Hampeh....

Kami ikut step Yudie. Yuide kata rehat, kami rehat. No need to rushing.



Kurang sejam berjalan perlahan-lahan, Husin Kecik (porter) tiba untuk memberi bantuan. Dia datang dengan biskut. Hahahahaha.... Kemudian dia ambil haversack Yudie dari aku. Kami sambung kembali berjalan menuju destinasi.

Pada peringkat awal, memang target Kem Papanji. Tapi memandangkan cuaca buruk pagi tadi yang membuatkan masa pergerakan menjadi lewat, Kem Lintasan Badak adalah pilihan kedua. Apapun bergantung pada keadaan.

Masa Husin Kecik tiba, katanya mereka dah setting khemah di Kem Lintasan Badak.

Alhamdulillah....kami selamat sampai di Kem Lintasan Badak sekitar jam 4 petang. Khemah kami macam biasa belum dipasang kerana khemah itu di bawa oleh Yudie. Tapak khemah telah disediakan. Berhadapan dengan khemah perempuan. Mudah nak berkumpul dan bergossip katanya. Lagi pun kami selesa bersama-sama macam tu.

Rasanya itulah yang sepatutnya kita buat. Tapi, memandangkan suasana tidak seperti itu dan masing-masing nak jauh dari Abang Lan, maka terpaksa la jadi macam ni. Situasi ni aku melihat begini, Abang Lan sendiri yang tidak mencipta suasana kebersamaan tersebut. Isu menu makan antara punca utama kepada suasana tegang antara ahlli dengan leader. Dari hari ke hari, beliau tak pernah nak ke depan untuk memberi penjelasan. Ini mengakibatkan isu ditafsir atas dasar andaian bersifat negatif. Satu lagi ialah sifat beliau yang kelihatannya tidak bersama pendaki. Beliau sampai awal. Khemah siap didirikan oleh porter, beliau ambil beg dan terus masuk khemah. Senyap. Langsung tak ambil perhatian pada team belakang yang baru sampai. So....kalau korang sendiri rasa macam mana? Ini bukan trip 2 hari 1 malam atau 3 hari 2 malam. Dari hari pertama lagi dah bermasalah. Hmmmm.....

Ok....tapak khemah kami agak berlecak. Adi, Semirul, Abang Jack dan Ustaz berusaha mencari daun-daun untuk lapik bawah khemah sebelum didirikan.

Selesai khemah didirikan, kami membuat pengurusan diri. Hujan masih di luar sana. Sejuuuukkkkkk.....!!! Alhamdulillah masih diberi kekuatan untuk mendirikan solat.

Dalam khemah kami makan biskut dengan air teh. Sepatutnya biskut shared 2 orang kan, tapi....... ni bukan masalah nak tuntut tapi lebih kepada ketiadaan sifat telus. Maka berlegar-legarlah sangkaan yang tidak baik. Begitulah hari-hari kami sepanjang trek. Namun ia tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan pendakian hingga ke puncak.

Sambil itu, kami masak maggi. Maggi individu. BUKAN COMPANY punya. Macam biasa, Abang Jack akan cakap, "weeiiii......hampa ni tak takut ka? Kita ada banyak hari lagi ni". Masak juga sebab nafsu menguasai diri masa tu. Maafkan kami Abang Jack.

Sambil makan, sambil bergelak tawa. Tengok-tengok gambar sepanjang trek. Sempat bergossip satu perkara ni. Aku cerita balik dari Kak Imah. Kata, masa dia sampai awal, setelah beberapa khemah siap didirikan, beliau cuba nak tumpang satu khemah porter kerana kesejukan. Tapi tak dapat kerana jawab poretr tu, "ini khemah yang porter punya". Melihatkan keadaan itu, Arep muncul sebagai HERO dan penyelamat, berkata kepada Kak Imah, "Kejap ye Kak Imah, lepas saya dirikan khemah saya ni, akak rilek dalam atau boleh tukar-tukar baju dulu".

Sekarang aku nak tanya korang, cuba teka di mana Abang Lan? Haaaaaaaaaaa.....tak leh jawabkan. Aku pun tak ada jawapan tu sehinggalah Kak Imah habiskan storynya. Abang Lan dalam khemah dan sedang berehat (tak tahu apa sebenarnya dia buat di dalam). Apa salahnya jika Abang Lan pantau dulu keadaan luar. Uruskan tentang khemah. Pastikan semua kebajikan ahli terjaga. Ini tidak, beliau tiba awal di campsite, terus masuk khemah, lepak.

Untuk pengetahuan, khemah iglu atau tenda ni diusahakan oleh Kak Imah untuk dibawa ke sini.

Sekali sekala akan dengar Abang Jack cakap, "Weeiii...boleh tak aku nak nanges. Sejuk dan sakit perut ni". Sambil keluar untuk membuang air besar. Huhuhuhuhu....

Abang Jack banyak menghabiskan masa di dalam sleeping beg sebab mengadu macam nak demam dengan kurang selesa pada perut.





Bagaimana keadaan Yudie? Alhamdulillah....katanya dah pulih selepas mendapat rawatan urut dari Pak Cukim. Petang tu Yuide datang berkunjung ke khemah kami borak-borak. Keadaannya pun masa tu nampak dah ok. Terima kasih pada Yudie kerana jadi sweeper yang tabah bersama kami.

Kisah seterusnya macam biasa la. Setiap kali piring...piring...piring di panggil, minda kami akan dihantui dengan menu. Cuba bersangka baik dan berdoa agar ada elemen supprise. Tapi hampa takkala melihat dalam bekas makanan hanyalah nasi puti bersama ikan kering kecil. Indo mee tak ada ker? Indo mee dah mula kurang dimasak kerana ada yang merungut tak nak indoo mee. So porter dah mula tak masak.

Selesai makan, tidur la. Apa lagi nak buat. Yang mana sakit-sakit tu minta bantuan ustaz urutkan ye.

Malam ni tidur 4 orang jer dalam khemah.....

...bersambung

Hari 1   Hari 2   Hari 3   Hari 4   Hari 5   Hari 7

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...