17.12.16

--- XPDC Trans Paru Paru Gunung Loser, Hari 18 ---


Setelah mengharungi perjalanan yang lama, kami akhirnya selamat tiba di Medan. Kami terus cari kedai untuk sarapan. Supir kami agak keletihan. Katanya nak buka mata pun tak larat. Huhuhuhu....

Aku terima mesej dari Abang Jack melalui whatsapp.


Asyik ketat je muka walaupun tengah makan

Supir setuju. Maka kami pun dihantar ke Medan Mall. Kata sana nanti boleh beli cenderahati. Alang-alang tu, nak makan lagi. Ok, jom. Kami naik ke atas dan makan masakan Padang. Kemudian kami berjalan ke Centre Market. Di situ macam Komplek Padang Besar, Pasar Payang dan seumpamanya. Kat situ semua ada.

Tak menarik minat aku sangat. Tak ada satu pun cenderahati yang melambangkan Medan. Mmmmmm.... So, aku tak tak beli apapun even untuk diri sendiri.

Makan ramai-ramai, bayar sorang-sorang. Pening juru wang.





Dari situ, kami bergegas pula ke kedai outdoor. Van pertama dah sampai sana. Dia orang dah shopping-shopping bagai. Then Kijang kami baru sampai. Baru nak masuk gogo dah jerit-jerit suruh cepat. Serius begang tahap cipan. Mentang-mentang dah sihat dan dah shopping, bagi tekanan plak kat kami.

Yes tahu, masa ke airport semakin suntuk tapi tak perlu la jerit-jerit macam tu. Langsung tak ada supported team spirit. Alahai...... So aku dan beberapa member lain just grap itu dan ini dengan 1 juta Rupiah.

Pastu, kami pun bergegas naik Kijang dan bergerak ke airport. Fuuuhhhhh....

Di airport, katibaan kami disambut oleh 2 orang pegawai dari Kedutaan Malaysia di Indonesia. Kami bersalaman dan bertanya khabar. Kami tak banyak membuang masa di ruang legar airport. Pegawai-pegawai tersebut membantu kami untuk check-in dan drop luggage. After that, terus masuk ke ruang pelepasan. Ucapan terima kasih kepada pegawai atas segala bantuan yang diberikan.

Gaya sebelum berlepas



Perjalanan pulang sangat lancar termasuklah flight yang tenang. Aku juga sempat makan kali ni walaupun tak habis sebab aku duduk tengah-tengah. Ayam aku habiskan. Hahahahahahaha.....

Kami touch down sekitar jam 8 malam. We are on schedule. Abang Lan ada beritahu bahawa ada sesi temuramah dengan wartawan. Kami follow jer.

Setiba kami di pintu ketibaan, kelihatan ramai sanak saudara yang sedang menunggu ketibaan kami. Ada juga borad "SELAMAT PULANG SEMUA". Hahahahahaha.....

Ada yang peluk-peluk, sebak-sebak, gelak-gelak dan macam-macam lagi reaksi. Family aku kat rumah jer. Aku dah send mesej pada family yang aku dah selamat sampai. Hihihihihi....














Sebenarnya kami ke sana ke sini jugak la untuk sesi temuramah yang diberitahu Abang Lan tu. Pergi sana, pergi sini. Naik atas bla...bla...bla.... Akhirnya kami decide untuk balik. Dia pun macam tak kompom betul-betul. Biar la dia jawab. Kami tak nampak pun wartawan sebenarnya.

Kami semua dijemput oleh family Fawas ke majlis doa selamat di Bagan Lalang. So kami pun join that majlis. Selesai makan, kami minta diri.

Dengan itu, trip ini tamat. Alhamdulillah...

...THE END...

Akhirnya postmortem atau penjelasan yang kami harap-harapkan tidak ada. Kami bersurai dengan Abang Lan begitu sahaja.

Kesimpulan berkaitan dengan XPDC Trans Paru Paru telah memberi kami banyak pengalaman walaupun kami tidak berjaya bergambar di puncak. Yang pasti, kami lebih erat.

Owh...sehingga habis aku tulis entry ni, perkara yang sering berlegar-legar di kepala aku yang akan aku bawa ke trip masa hadapan ialah baju hujan motor. Yes, aku tengok porter pakai satu set, selambe jer tak sejuk dan tak basah. Kita ni punya la beli dekat Decathon dengan harga puluh-puluh, tapi sejuk juga. Huhuhuhuhuhu......

Bagi sahabat-sahabat luar sana yang berasa sangsi selepas membaca log ini, yeaa....anda berhak berasa demikian. Apa yang ditulis hanyalah dari persepsi dan perspektif aku sendiri. Aku cerita apa yang aku alami. Pastinya ada yang dari kisah ini tidak benar faktanya. Itu aku akui. Oleh itu, kalian berhak untuk mencari kebenaran. Mungkin anda boleh tanya sendiri dengan Abang Lan. Maksud kata, dari pihak sebelah sana. Ye la, dalam cerita ni menceritakan banyak kelemahan dari dia. Jika salah, aku minta maaf. Jangan menganggap log ni seolah-olah nak salahkan individu tertentu. Ia adalah satu cerita benar apa yang dialami. Aku pun ada juga kelemahan. Orang lain pun ada kelemahan dan keburukan tapi itu yang normal.  Berak tepi trek, semua trip berlaku. Yang biasa ada dalam mana-mana trip. Tapi makan nasi semata-mata selama lebih 17 hari dalam trip, adalah luar biasa. Kejadian yang kami alami ni adalah sesuatu yang baru.

Ada banyak lagi benda aku nak story tapi tak mampu nak ingat semua. Mana-mana yang aku terlepas tu, halal lah ye. Biar ia jadi kenangan.

Jika ditanya samada nak repeat atau tak? Buat masa ni belum mampu nak jawab kecuali helikopter turunkan di last campsite hari tu. Hahahahahahahaha..... Personally, korang perlu mencuba trip ini. Aku bagitau satu rahsia ok, Kak Imah and the geng nak repeat tahun depan. Dia orang lain sebab sakai. So tak sangsi la. Contact la depa kalau nak join. Aku curi-curi dengar jer dia orang cakap dan plan. Huhuhuhuhuhuhu......

Akhir kata, aku mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada semua dan mohon maaf kepada semua porter, guide, team penyelamat dan rakan-rakan sependakian sekiranya ada kesalahan secara langsung dan tidak langsung. Tak mampu nak tulis banyak-banyak dah guys. Habuk masuk mata ni......... deep in my heart, I LOVE U ALL. Yeeeeee....love termasuk ngan Arep. Muka dia memang ketat macam tu. Nak buat macam mana.

Hayati puisi di bawah. Puisi ini ditulis sendiri oleh Yudie Theinteriorleuser :


KETENANGAN JIWA DI PUNCAK TERTINGGI

Meniti seutas tali sebrangi jurang dalam
Melintasi sungai deras ikuti arus lewati jeram-jeram di antara bebatuan
Merayap dan bergantungan di bukit cadas dan terjal
Menyampaikan salam pada alam

Diam terpaku di atas puncak gunung
Memandang jauh di batas langit dan bumi
Berikan aliran udara dingin yang menyejukkan jiwa
Menantikan mentari terbit di ufuk timur

Bersujud di atas awan di puncak tertinggi
Duduk bersimpuh serasa jiwa melayang

Harapan...Edelweis abadi
Tatapan teduh tanpa kata-kata
Melangkah pulang dengan baterai jiwa
Yang terisi penuh dengan senyuman

Wassalam....

9 comments:

  1. SALAM TUAH, SAYA FOLLOW CERITA DARI DAY1 SAMPAILAH HABIS CERITA ni habis. kadang2 tetunggu-tunggu bila nak update baru. anyway congartulation. tak penting pun sampai puncak, asalkan kenangan dan semua selamat. -season hiker-

    ReplyDelete
    Replies
    1. subhanallah.......rasa terharu dan ucapan terima kasih kerana sudi membaca log saya ini. Hihihihihi.... Betul, kenangan is everything.....

      Delete
  2. salam, pengembaraan paling epik ni...akak pun tak sanggup nak camping lebih 2 hari inikan pulak lebih 2 minggu..gaya penceritaan yang baik..memang terasa mcm akak ikut sekali dalam your journey!memang tertunggu sambungannya, hari ni dah khatam semua :).

    salam singgah jua..selain tu singgah jenguk2 info gunung2 lain, antaranya gunung nuang, bakal pergi cny nanti ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahaha...terima kasih atas meluangkan masa mengikuti kami punya pengalaman....

      Saya doakan selamat mendaki gunung nuang. semoga suksess....

      Delete
    2. terima kasih.. kak imah tu...kak jurimah yang dari blog ni ke? muka macam sama hehehe http://jalankegunung.blogspot.my

      Delete
  3. Semoga satu hari sampai ke puncak leuser..thanks for sharing..mmg byk yg boleh dipelajari

    ReplyDelete
  4. Akhirnya...habis baca... Lps ni ada peluang nak tanya pulak pengalaman Asmirul & Jack...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...